BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, March 25, 2011

KAMI PART 1- pErTeMuaN PeRtAma

Pejam celik pejam celik dah hampir 4 tahun sy blajar di Upsi. Ini bermakna dah hampir 4 tahun jugak sy bersama dengan sahabt2 saya disini . Kemana saja kami bersama, macam2 ragam . Ke kelas bersama, makan bersama, jalan2 bersama, kadang2 tidur bersama. Tiba2 teringat pulak detik pertemuan pertama ...



Ha, yang kiri tu zatil. X jumpa pulak gambar dia dok sorang2. Tapi x pa la gambar dia dengan rumate dia pun ok jugk kan . Cute mute. Zatil ni dulu adalah jiran sy depan rumah merangkap housmet kawan sy dr matrik (berbelit pulak). So dr ctu lah leh kenal dgn cik zatil yang cute ni. Jadi bermula dari situ lah kami bersama (cewah). Masa masuk sem 1 kami berdua ja yang belum di daftar dengan kokurikulum . Kat UPSI ni memang wajib amik. Jadi kami pun berusahalah mendaftarkan kokurikulum dalam kursus kami. P amik borang , p cop2.. pandai pulak kami uruskan masa tu hehe. Lepas tu kami daftarlah kursus yang amat kami minati dan yang telah lama kami cita-citakan iaitu Pandu Puteri..... banyak lagi cerita menarik sepanjang mengambil kursus itu dan lain2, jadi yg ni nak cerita detik pertemuan pertama ..so nt plak sambung yang lain2 ...bersambung

Yang ni pulak sahida aka ida, dari kelate. Kalau ttgk muka nampak mcm orang Rawang kan ? Tapi from Kelantan OK. Kenal dengan sahida ni sebab kami berdua satu kelas bahasa inggeris masa sem 1. Mula2 kenal dia, dalam hati cakap banyak nya budak ni dah la cakap cepat pulak. Dulu memang susah ckit nakp paham loghat negeri lain. Tapi bila dah lama-lama ni dah Pro dah . Dengan ida la sy belajar makan budu, belajar makan nasi kerabu haha..serius masa dok Matrik dulu saya x pernah makan pon nasi kerabu walaupun tengok orang makan , ckit pon x teringin. Tapi sekarang minat juga makan nasi kerabu ...

Yang ni Madihah. Dah lama kenal dengan dia ni dari Matrik dulu. Kebetulan kami dapat satu U. Tapi di Matrik dulu pun memang kami dah rapat. Mula2 sampai Matrik , sy memang x da kawan, ada pun sorang ja tu pun lain kursus. Jadi bila masuk kelas tu sorang2 la, lepas tu nampak sorang budak ni tengah bersandar di kaki lima sambil pejam mata, dalam hati pun cakap " ish budak ni, kat mana2 pun bleh nak tiduq". Dah x da kawan masa tu , dengan tanpa segan silu sy pun berkenalan dengan budak tu, tetapi terus terang setiap percakapannya sy x paham tapi untuk menjaga hati sy pura2 paham...itulah dia Madihah...


Itulah kisah kami mula2 berjumpa, ALLAH telah takdirkan kami bertemu, berkawan dan bersahabat sehingga sekarang. Semoga Persahanatan Yang Terjalin ini bukan setakat sampai disini tapi hingga ke hujung nyawa ....



0 comments: