BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, October 27, 2009

CAM STUDIO-VIDEO KORPORAT

Cuba teka suara siapa ?

Saturday, October 24, 2009

TUGASAN PICASA

video

Refleksi - assignment picasa




Alhamdulillah saya dan kawan-kawan berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan mengenai picasa, kami menghasilkan movie daripada gambar mengenai eksperimen yang telah kami edit..

Thursday, October 22, 2009

Posted by Picasa

Saturday, October 17, 2009

Simetri

Friday, October 16, 2009

Kimia Organik

Advance structural inorganic chemistry

Buku rujukan kimia

Chemistry

Thursday, October 15, 2009

Penggunaan Smartboard





Penggunaan Camstudio

Simulasi

Mungkin kita sinonim dengan perkataan simulasi atau simulation dalam bahasa inggerisnya. Namun, adakah kita mengerti dan mengetahui apakah pentingnya simulasi di dalam pelajaran?. Di dalam kelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kimia kami telah diterangkan mengenai kepentingan simulasi dan manfaatnya kepada para pelajar.

Pembelajaran rangkaian komunikasi tanpa melalui pengalaman memasang atau menguji
rangkaian sebenar menyukarkan pelajar untuk menguasai mata pelajaran Telekomunikasi
dan Rangkaian. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana
pembelajaran melalui pengalaman adalah menerusi simulasi.Simulasi popular digunakan dalam bidang pendidikan terutamanya pendidikan perubatan, kejuruteraan, perniagaan, ketenteraan dan pendidikan yang berkaitan dengan sains. Dengan adanya teknologi telekomunikasi yang kian berkembang, simulasi telah diberi nafas baru dengan menggabungkannya dengan teknologi telekomunikasi yang dikenali sebagai simulasi menerusi web atau World Wide Web-based Simulation (WWWS).

Menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran mempunyai beberapa
kepentingan, kepentingan utama adalah memastikan pelajar aktif dalam eksplorasi dan
belajar sesuatu yang mana pendekatan yang digunakan berkaitan dengan teori pembelajaran
moden. Pembelajaran simulasi berkomputer lebih kepada pembelajaran menerusi
pengalaman yang memerlukan sokongan dari pengajar atau sistem bagi memastikan
simulasi yang digunakan adalah efektif.

Simulasi berkomputer mempunyai nilai yang sangat besar dan memberikan pelbagai faedah kepada para pelajar. Simulasi berkomputer membolehkan pelajar meningkatkan serta melakukan banyak aktiviti yang mana jika dilakukan pada dunia nyata akan meningkatkan kos sertamungkin membahayakan pelajar. Simulasi berkomputer juga dapat menghasilkan tindakbalas yang betul serta teratur yang mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan mengupah seorang guru bagi setiap pelajar. Ianya juga telah terbukti sebagai satu cara pembelajaran yang efektif, yang mana membolehkan pelajar lebih inovatif dan kreatif.

Apabila simulasi berkomputer digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, para pelajar akan lebih berminat untuk belajar dan berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai topik yang diajar oleh guru. Kami juga turut diberikan tugasan mengenai simulasi iaitu simulasi yang digunakan di dalam eksperimen. Saya dan kawan saya memilih tajuk kesan luas permukaan terhadap kadar tindak balas. Untuk melihat hasil kerja kami, sila klik disini.

Untuk mendapatkan banyak lagi simulasi berkomputer terutama sekali dalam mata pelajaran berkaitan dengan sains sila klik disini

Spreadsheet

Dalam lembaran kali ini saya ingin berkongsi mengenai 1 lagi pelajaran yang diajar semasa kuliah TKU3023, mungkin sebilangan besar dari kita tahu mengenai spreadsheet. Sejak di bangku sekolah lagi kita sudah diperkenalkan dengan spreadsheet iaitu dengan menggunakan perisian microsoft excel. Kita juga biasa menggunakan spreadsheet terutama sekali apabila merekodkan data-data seperti data eksperimen, bilangan pelajar dan pelbagai lagi data yang memerlukan kita merekodnya dengan kemas dan teratur.

Kelebihan menggunakan spreadsheet di dalam perisian microsoft excel ini juga ialah kemudahan fungsi perkiraan yang dipermudahkan. Microsoft excel membolehkan perkiraan dilakukan di helaian kerja dengan mudah. Selepas menyediakan formula, jika nilai di dalam sel rujukan formula diubah, microsoft excel secara automatik akan dilakukan pengiraan semula berpandukan kepada perubahan data dalam sel tersebut. Dengan ini ianya dapat memudahkan kerja kita, tanpa perlu mengira semula dengan menggunakan kalkulator dan sebagainya. Pada awalnya, saya sendiri berasa keliru dan kurang mahir untuk menggunakan spreadsheet ini, namun setelah beberapa kali mencuba saya menjadi seronok menggunakannya. Kami juga turut diberikan tugasan berkumpulan iaitu seramai 2 orang setiap kumpulan mengenai spreadsheet, dan Alhamdulillah kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya, untuk melihat tugasan yang berjaya kami siapkan sila klik pada Tugasan2 di sebelah.



Wednesday, October 14, 2009

Falsafah Pendidikan Diri


Bagi diri ini, falsafah pendidikan yang ingin saya terapkan ke dalam diri saya dan yang akan saya gunakan apabila mengajar kelak ialah sentiasa menjadi seorang guru yang baik dan dihormati oleh para pelajar. Saya percaya apabila seorang guru baik dan sentiasa menghormati pelajarnya INSYAALLAH para pelajar juga akan menghormati dan baik kepada guru tersebut.

Di samping itu juga saya akan menjadi seorang guru yang tegas kepada pelajar- pelajar, tegas di sini bukanlah bermaksud garang dan sentiasa memarahi pelajar-pelajar tetapi tegas sewaktu mengajar dan dalam masa yang sama menggunakan gaya pengajaran yang mudah diterima oleh pelajar agar pelajar tidak main-main ketika di dalam kelas dan dapat menerima apa yang diajar dengan mudah kerana tiada tekanan diberikan.

Saya juga akan menerapkan disiplin yang baik kepada para pelajar saya terutamanya berkaitan dengan masa. Saya akan memastikan mereka menggunakan masa dengan sebaik mungkin kerana masa itu emas. Pengurusan masa sangat penting bagi seorang pelajar kerana apabila mereka dapat menguruskan masa dengan baik ini bererti mereka dapat menguruskan pelajaran mereka dengan sebaik mungkin.

Saya akan sentiasa menambahkan pengetahuan dengan pelbagai maklumat bukan sahaja tentang subjek yang saya ajar malah mengenai pengetahuan am yang berkaitan, hal ini kerana pelajar zaman sekarang lebih berfikiran jauh malah ada juga yang lebih bijak dari gurunya. Saya akan sentiasa mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu apabila masuk ke kelas agar apabila para pelajar menyoal sesuatu saya dapat menjawab dengan baik dan tidak gelabah. Apabila kita dapat menjawab sesuatu dengan yakin, saya percaya pelajar akan lebih menghormati kita dan yakin dengan kerjaya kita sebagai seorang guru tanpa mempersoalkannya.

Kerjaya seorang guru bukanlah sesuatu kerjaya yang mudah kerana kerjaya ini melibatkan masa depan anak bangsa. Jadi saya akan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa agar dapat menjadi seorang guru bitara dan seorang guru yang bertanggungjawab serta sentiasa menjadikan Falsafah Pendidikan Guru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan sebagai panduan ke arah menjadi guru yang cemerlang kepada pelajar-pelajar yang bakal menjadi harapan negara.

Ingin saya kongsikan di sini sebuah puisi nukilan Allahyarham Dato' Dr Usman Awang mengenai guru...Dari dulu hinggalah sekarang saya amat menyukai puisi ini...


Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Perancangan Kerjaya Masa Depan

Apabila berbicara mengenai kerjaya masa depan, seringkali membuatkan saya tersenyum sendiri..Kadangkala terdetik dihati ini tidak ingin lagi menyambung pengajian kerana tertekan dengan assignment yang bertimbun-timbun, namun kadangkala rasa teruja dan penuh semangat untuk menyambung pengajian apabila melihat kejayaan orang-orang yang berjaya seperti pensyarah-pensyarah. Saya juga kadang kala keliru dengan perancangan kerjaya masa hadapan saya

Namun, saya bertekad selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan sains kimia saya akan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang yang saya minati iaitu kimia.

Kerjaya seorang guru merupakan pekerjaan yang bakal menjadi kerjaya saya selepas ini. Sebagai seorang guru, saya berhasrat dapat menjadi seorang guru yang baik kepada semua pelajar dan menjadikan para pelajar sebagai kawan tetapi dalam masa yang sama mereka masih menghormati saya sebagai seorang guru. Saya akan menjadikan guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar saya sebagai idola dan menggunakan cara pengajaran yang pernah mereka gunakan sekiranya sesuai dengan situasi. Saya juga berharap dapat menjadi seorang guru yang cemerlang dan guru bitara. Saya akan terus berusaha dan berdoa agar segala hasrat dan impian saya tercapai.

Sebagai seorang insan yang bergelar anak kepada ibu dan ayah dan kakak kepada adik-adik yang pelbagai ragam dan keletah , saya berharap dapat memberikan segala yang terbaik kepada insan-insan yang paling saya sayang dalam hidup ini. Saya akan sentiasa berusaha dan terus cemerlang dalam pelajaran saya kerana kejayaan saya akan membuatkan insan-insan ini tersenyum gembira.

H1N1


Negara kita telah digemparkan dengan wabak H1N1. Wabak ini telah menular dengan begitu cepat ke negara kita. Semua masyarakat tidak kira yang muda ataupun tua, pelajar atau pun pekerja bimbang dengan menularnya wabak ini. Keadaan yang lebih buruk mungkin berlaku sekiranya setiap individu tidak mengambil langkah-langkah pencegahan. Sebagai seorang mahasiswi saya juga turut mengikuti langkah-langkah pencegahan H1N1 agar kesihatan sentiasa terjamin dan dapat meneruskan pengajian dengan baik dan lancar.

Beberapa langkah pencegahan turut diambil oleh pihak UPSI antaranya ialah mengedarkan topeng penutup hidung secara percuma kepada pelajar. Kemunculan beberapa orang MPP di stesen keretapi semasa cuti hari raya yang lalu turut mengejutkan saya. Pada awalnya saya fikir mereka hanya ingin mengedarkan kurma kerana pada waktu itu bulan Ramadhan tetapi ternyata mereka bukan hanya mengedarkan kurma tetapi turut mengedarkan topeng penutup hidung secara percuma kepada semua para pelajar yang sedang menunggu keretapi. Turut disertakan bersama topeng penutup hidung itu ialah sehelai kertas mengenai pencegahan H1N1. Usaha yang dilakukan ini amat saya hargai. Usaha ini juga sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan menularnya wabak H1N1.






Kisah rama-rama




Kisah rama-rama di atas sangat menarik dan banyak pengajaran yang boleh kita perolehi.
Dalam menempuh cabaran dan halangan dalam hidup ini kita hendaklah sentiasa berusaha dan terus berdoa kepada ALLAH SWT. Janganlah sesekali kita putus asa sebelum berusaha melakukan sesuatu. Mungkin apa yang kita inginkan tidak dapat kita peroleh dalam masa terdekat, INSYAALLAH pada masa akan datang kita akan dapat apa yang kita inginkan.. Memanglah, apa yang kita inginkan tidak semuanya akan kita dapat namun teruslah berusaha dan berdoa agar kita berjaya mengharungi cabaran dan dugaan dalam menempuh liku-liku hidup yang mencabar ini.

Disini, ingin saya kongsikan 1 lagi kisah yang sangat menarik mengenai rama-rama dan bunga

SMARTBOARD

Tidakkah anda tertanya-tanya apakah gambar di atas? adakah papan putih yang biasa kita lihat di sekolah-sekolah, IPTA , IPTS yang biasa digunakan oleh guru-guru mahupun pensyarah? adakah ianya papan kenyataan yang biasa kita gunakan untuk menampal notis ataupun iklan? Apabila dilihat dari segi luarannya, ianya nampak seakan-akan papan putih ataupun papan kenyataan. Pada hakikatnya gambar di atas bukanlah papan putih biasa tetapi itulah papan tulis interaktif smartboard.

Pada pelajaran kali ini kami diperkenalkan dengan papan putih yang luar biasa ini iaitu smartboard. Saya sendiri pun teruja apabila melihat kecanggihan smartboard apabila ditunjukkan oleh Puan Asmayati iaitu pensyarah TKU3023. Papan tulis interaktif smartboard ini sepenuhnya adalah touchscreen. Dengan hanya menggunakan sentuhan pen-pen yang disediakan pelbagai benda boleh dilukis seperti kita menggunakan tetikus semasa melukis di komputer. Smartboard ini hanya menggunakan sentuhan untuk melukis sesuatu atau menulis sesuatu. Apa yang menariknya jika pen-pen yang disediakan hilang, sebenarnya kita masih lagi boleh menulis atau melukis hal ini kerana pen-pen tersebut sebenarnya tidak mengeluarkan apa-apa dakwat pun, jika ianya hilang kita hanya perlu meletakkan sesuatu ditempat pen tersebut dan mengangkat benda yang kita letak itu apabila kita ingin menulis atau melukis. Jari juga digunakan bagi menggantikan tetikus, menarik bukan? itulah kecanggihan teknologi masa kini. Mungkin sukar difahami jika diterangkan disini cara penggunaan smart board kerana tidak dapat melihat di depan mata, namun ingin saya katakan di sini penggunaan smartboard sangat mudah dan seronok. Para pelajar TKU3023 juga tidak melepaskan peluang mencuba papan tulis interaktif smartboard ini, umpama budak baru belajar kami begitu teruja mencuba smartboard ini.

Penggunaan papan tulis interaktif smartboard ini adalah salah satu cara yang boleh digunakan di kelas-kelas bagi menerapkan penggunaan teknologi dalam pelajaran. Saya pasti, jika papan tulis interaktif smartboard ini digunakan semasa mengajar kelak tentulah proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sangat menarik dan seronok. Mungkin suatu hari nanti semua sekolah di Malaysia menggunakan papan tulis interaktif smartboard..INSYAALLAH..

Papan tulis interaktif smartboard ini dapat meningkatkan kualiti dan efektif pengajaran yang berlangsung di dalam kelas. Hal ini kerana sebelum smartboard ini difungsikan semua mata siswa siswi, ataupun pelajar akan tertumpu kepada smartboard ketika di dalam kelas. Apabila smartboard digunakan di dalam kelas semua pelajar dapat menikmati interaksi dengan papan tulis tersebut melalui pelbagai cara yang tidak mungkin dilakukan dengan papan tulis biasa. Gambar, latihan interaktif dan teks dapat dihasilkan dan dimanipulasikan oleh sesiapa pun. Smartboard dapat memberikan pengalaman yang menarik kepada semua pelajar,dan mengakses internet di papan tulis merupakan sesuatu yang amat menarik dan bernilai kepada para pelajar dan juga guru..Jadi, penggunaan papan tulis interaktif smartboard ini memberikan pelbagai manfaat kepada guru, pensyarah, pelajar sekolah dan juga mahasiswa dan mahasiswi...

PICASA


Pada pelajaran kali ini, para pelajar TKU3023 diperkenalkan dengan satu lagi perisian yang menarik iaitu picasa. Saya akui pada awalnya saya sendiri tidak pernah mengetahui wujudnya perisian ini malah tidak pernah mendengar pun mengenai perisian ini. Kebiasaanya apabila mengedit gambar, saya selalu menggunakan adobe photoshop, jadi apabila diperkenalkan dengan perisian ini barulah saya faham apakah itu perisian picasa?Picasa adalah perisian pengurusan foto terbaik. Pelbagai gambar boleh diedit menggunakan perisian picasa ini. Cara penggunannya juga mudah dan cepat dipelajari. Para pelajar TKU3023 turut diberikan tugasan untuk mengedit gambar menggunakan perisian picasa. Gambar-gambar yang dipaparkan di bawah ini adalah mengenai perisian picasa







CAMSTUDIO

CAMSTUDIO merupakan satu lagi benda baru yang diajar kepada pelajar-pelajar TKU3023 dan pada pelajaran kali ini para pelajar diperkenalkan dengan penggunaan CamStudio. Camstudio boleh digunakan untuk merakam audio dan skrin. Ianya memberikan pelbagai manfaat kepada para pelajar dan guru. Ianya boleh digunakan untuk membuat demonstrasi kepada para pelajar mengenai sesuatu formula yang sukar difahami oleh para pelajar seperti formula tangan kiri atau kanan dalam pelajaran fizik dan sebagainya. Camstudio juga boleh digunakan untuk memberi penerangan dan tutorial kepada para pelajar mengenai penggunaan sesuatu website dan sebagainya. Pengajaran tersebut akan berjalan dengan lebih lancar kerana para pelajar dapat melihat sendiri dimana perlu klik dan sebagainya. Penggunaan Camstudio juga amat mudah dan senang dipelajari. Para pelajar TKU3023 juga turut diberikan tugasan mengenai camstudio.

E-Portfolio

Pada minggu ini, pelajar-pelajar kelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Kimia diajar mengenai E-Portfolio. Pada awal kelas semua pelajar masih bingung dan kurang memahami apakah yang dimaksudkan dengan E-Portfolio?. E-Portfolio adalah satu sistem yang memantau dan menyimpan segala maklumat dan informasi yang berguna. Pada kebiasaanya pelajar hanya mebuat folio biasa iaitu dengan hanya menggunakan fail dan segala maklumat dan informasi yang berguna disimpan di dalam fail. Jadi dengan menggunakan E-Portfolio ianya lebih mudah dan kebarangkalian maklumat yang disimpan untuk hilang adalah rendah berbanding dengan folio yang biasa. Segala informasi mengenai pelajaran dan pelbagai lagi maklumat yang boleh dikongsi boleh diletakkan di dalam E-Portfolio. Segalanya berada dihujung jari kita dan bergantung kepada diri kita sendiri untuk memanfaatkan penggunaan E-Portfolio. Para pelajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Kimia juga diuigaskan untuk membuat E-Portfolio sendiri dan meletakkan pelbagai informasi dalam kimia dan pelajaran yang diterima semasa kelas di dalam E-Portfolio masing-masing.



Cooliris



Cooliris juga boleh dikenali sebagai piclens. Cooliris adalah laman web yang sangat menarik yang boleh menjadikan sesebuah gambar dilihat dengan cara yang menarik dan berbeza. Pada kebiasaanya kita hanya melihat gambar menggunakan slide show biasa. Tetapi dengan menggunakan cooliris preview ianya lebih menarik. Cooliris preview adalah sebuah aplikasi yang memperlihatkan preview dari sebuah link tanpa harus meng-klik link tersebut dan membukanya pada window/tab baru serta tidak meninggalkan halaman tempat link itu berada. Aplikasi ini sangat berguna terutamanya apabila mencari fail gambar dan sebagainya. Bukan itu sahaja, cooliris juga boleh digunakan di dalam pengajaran. Guru hanya perlu menukarkan slide powerpoint yang telah dibuat ke dalam bentuk jpeg dan menggunakan cooliris semasa pengajaran. Pengajaran tentu akan menjadi lebih menarik dan seronok dengan menggunakan cooliris.

Mengapa Guru Perlu Menggunakan ICT dalam pengajaran

Kebangkitan era perkembangan teknologimasa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Teknologi memainkan peranan yang sangat penting dan menyedari kepentingan itulah maka uasaha menggabungkan aspek-aspek teknologi di dalamkurikulum sekolah dianggap sebagai satu usaha yang komited ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Penggunaan ICT di sekolah bermaksud guru menggunakan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran seperti komputer dan sebagainya

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar. Mikrokomputer digunakan untuk menyelengara aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program yang dibentuk oleh penulis atau pereka perisian. Pelajar akan berinteraksi dengan program komputer melalui terminal.Dalam pengajaran berbantukan komputer, komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah, tradisi guru adalah sebagai pengajar, penerang, pemudahcara dan penyampai maklumat.Semua peranan ini dijangka akan diambil alih oleh komputer dalam pengajaran berbantukan komputer. Inil bukanlah petanda bahawa teknologi akan mengambil alih tugas guru dan menjadikan profesion perguruan sudah tidak relevan lagi. Ia hanya sekadar sebagai alat untuk membantu guru. Hal ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mahir dalam ICT, malah memudahkan pelajar memahami tentant pelajaran yang disampaikan contohnya apabila guru menggunakan presentation powerpoint semasa mengajar akan menyebabkan pelajar lebih tertarik untuk memahami apa yang disampaikan kerana pengajaran disampaikan dalam bentuk yang menarik dan berwarna warni. Selain itu juga, guru dapat menunjukkan simulation kepada pelajar dengan mudah, dan pelajar dapat memahaminya dengan jelas s

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi komputer perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi. Usaha perlu dibuat dan penglibatan menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar bergantung harap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf “pengguna”, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.



Tuesday, October 13, 2009

TUGASAN 2

Assignment Spreadsheet

TUGASAN 3

Assignment Simulation