BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, March 8, 2011

Hari Wanita

Hari wanita sedunia rupanya hari ni, x tau pulak ...Selamat Hari Wanita untuk semua insan yang bergelar wanita...


Blog walking td tjumpa ni :

Lima keistimewaan wanita.


-Tahu tak wanita yang soleh itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

-Sifat penyayang wanita yang lebih kuat daripada lelaki membuktikan doa mereka lebih mudah dimakbulkan. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

-Benda yang semua orang Islam tahu, syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

-Apabila seseorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

-Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya sama seperti orang yang menangis kerana takut akan Allah. Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya


Lima kelemahan wanita.


-Aurat wanita amat susah dijaga dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya.

-Wanita tidak boleh menjadi ketua mahupun imam kepada lelaki kerana mereka tiada ciri-ciri kepimpinan di dalamnya.

-Wanita wajib taat kepada suaminya tidak kira seteruk mana pun suminya itu, tetapi lelaki tidak perlu taat kepada isteri. Sehinggakan mahu keluar rumah pun, si isteri perlu meminta izin dari suami terlebih dahulu.

-Waktu untuk wanita beribadah lebih sedikit daripada lelaki kerana kesihatan mereka.

-Wanita lebih ramai di neraka berbanding lelaki, mungkin disebabkan kuantiti mereka yang ramai.


0 comments: