BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, March 16, 2011

Eksplores


Dengan sukarela hari ini, sy menyertai ekspedisi dari upsi ke UM. Ekspedisi ini bertujuan untuk mencari sebuah bagasi yang dipercayai mengandungi pelbagai makanan tradisi ore kelate termasuklah Budu .Pengarah program ekspedisi ini ialah seorang mahasiswi upsi dari negeri cik siti wan kembang iaitu nursahida bt mat husin. Pengembaraan bermula selepas kelas Animal Fisiologi iaitu selepas pukul 10. Walaupun bas sks yang menanti depan bahtera arked adalah pukul 11.30 namun, pengarah program dan sy sendiri telah bersiap2 sejak awal pagi lagi dengan terpaksa menusuk dari pak cik guard kerana memakai seluar jeans ke kelas. Alhamdulillah tusukan itu berjaya.

Tepat pukul 11.30 bas sks yang terdiri dari 5 org peserta termasuk sy begerak. Sepanjang perjalanan kami hanya diulit mimpi indah, tidak sempat untuk melihat pemandangan diluar sana kerana mata hanya mampu terpejam. Dalam pukul 12 lebih kami tiba di stesen hang tuah. Dan sebelum pengembaraan mencari bagasi tersebut kami seinggah sebentar di TS(Time Square) untuk solat, makan dan menjamu mata. Seperti rusa masuk kampung kami tidak berpeluang untuk shopping terlalu lama kerana destinasi tujuan yang ingin dituju tidak ketahuan. Selepas kenyang makan di JoHnny, kami berangkat ke UM.



Juadah tengahari yang amat menyelerakan dan berjaya memberi tenaga kepada semua peserta


Peserta makan hingga licin pinggan , dan kemudian disudahi dengan desert yang amat sedap

Aiskrim coklat menjadi pilihan

Terlalu banyak cabaran bagi pengembaraan mencari bagasi berisi budu ini. Namun kami tekadkan jua hati kerana pengarah program. 3 Monorel berlalu di hadapan kami hanya dipandang dengan pandangan kecewa kerana terlalu crowded. Monorel yang seterusnya berjaya kami naik tapi malangnya seorang dari peserta terlepas kerana tidak berjaya berasak asak masuk kedalam monorel tersebut. Seorang peserta lain sanggup berkorban dan keluar bersama-sama dengan perserta yang tertinggal tadi, dan mereka naik monorel yang lain. Disitu dapat kita lihat pengorbanan seorang sahabat. Pengarah program tidak bimbang dengan pesertanya tetapi ketawa terbahakbahak walaupun keadaan sangat sesak sehingga menyebabkan peserta yang lain ingin marah kerana tidak dapat ketawa memandangkan dihimpit oleh ribuan manusia di dalam monorel tersebut. Setelah penat di asak-asak, setibanya kami di stesen U, untuk meneruskan pengembaraan kami terpaksa menaiki teksi. Cabaran lagi disitu apabila teksi hanya membawa 4 penumpang tetapi peserta terdiri daripada 5 penumpang sedangkan semua peserta tidak mahu berpisah. Hendak tidak hendak peserta terpaksa berpecah, dan menaiki dua buah teksi yang berbeza. Setibanya di sebuah kolej di UM, akhirnya dua bagasi berjaya ditemui. Dan budu yang terdapat dalam sebuah bagasi didapati pecah. Namun begitu kami gembira di atas pengembaraan yang mencabar ini..

p/s = Jagalah beg anda dengan sebaik mungkin selagi ia boleh dijaga


1 comments:

mak cik klate said...

Haaaahahhahaha...nk tergelak sampai nk pecah perut...wonderful experience..