BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, March 17, 2011

Jalan dan Arah !!!

Ada jugak kan orang yang amat susah untuk mengingat jalan. Walaupun die dah berkali kali lalu jalan yang sama . Hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil terjadi dan ianya memang benar2 pernah terjadi. Ada juga orang yang pelik , kenapa si dia ni susah sangat nak ingat jalan. Kalau kita berada di tempat dia mungkin kita tahu betapa siksanya susah untuk ingat jalan. Mungkin kerana si dia ini tidak fokus semasa berjalan dan mengharapkan orang lain ketika berjalan. Mungkin jugak. Tetapi si dia ini dah berkali kali cuba untuk fokus dan cuba menghafal jalan tetapi amat sukar baginya. Kadang-kadang sehinggakan si dia ni terfikir adakah penyakit yang susah untuk ingat jalan ?? sehingga dia juga pernah mencarinya di internet tentang penyakit susah untuk ingat jalan. Dia juga pernah terfikirkan mengenai Diskleksia. Tetapi diskleksia bukanlah sukar untuk mengingat jalan tetapi kesukaran mengenal huruf, mendengar dan bercakap. Diskleksia juga sebenarnya bukanlah sejenis penyakit dan tidak perlukan ubat untuk mengubatinya , inilah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri manusia .

Bercakap soal susah untuk mengingat jalan , si dia ni sangat runsing dan susah hati sekiranya orang bertanyakan arah dan jalan kepada dia walaupun tempat yang biasa ditujunya. Jangan kita ketawakan orang seperti ini, kalau anda berada ditempatnya anda akan tahu perasaannya.
Kalau lah sesorang tinggalkan dia di suatu tempat , siksalah dirinya untuk mencari jalan pulang hahah.. Ada satu peristiwa ketika dia melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi, masa tu minggu orientasi , ketika itu si dia ni tidak ada lagi teman rapat yang boleh dia ikut kemana mana sahaja, tambah-tambah lagi sebuah matrikulasi yang dia menuntut pada ketika itu sangat luas baginya. Umpama rusa masuk kampung, dia seperti orang asing berada di suatu tempat yang sangat asing. Pada ketika itu , si dia ni berjalan seorang diri, tidak ada pun pelajar ketika itu, ialah sebab semua pelajar dah masuk ke dalam dewan kuliah untuk taklimat. Seperti hendak menangis dia mencari dewan kuliah. Dia pun terjumpa seorang wanita mungkin pensyarah mungkin pegawai dia pun x tahu , lantas bertanya

" Puan, mana kompleks Dewan Kuliah"
" Ni"

Rupanya tempat yang dia berdiri tu lah kompleks dewan kuliah. Sebesar besar alam tulisan tulis kat bangunan tu "KOMPLEKS DEWAN KULIAH". Tambahan lagi bukanlah pertama kali dia ketempat tu, dah banyak kali. Dengan menahan malu, si dia pun berjalan selamba masuk ke dewan kuliah tu. Masuk2 ke dewan kuliah dia tertinggal pulak satu dokumen penting yang perlu ada bersama ketika taklimat itu. Penuh dengan debaran, kerana dia x ingat jalan ke bilik sendiri. Dia pun berlari keluar dari dewan kuliah. Dengan memakai baju kurung, dia berlari kencang. Ada pula abang2 fasi ketika itu nampak dia berlari , seingat ingatnya abang fasi yang hensem itu berkata "lari dik lari". Betapa malunya dia ketika itu, hanya Allah yang tahu. Dia hanya berlari sedangkan dia tak ingat pun di mana biliknya. Dia berlari dan terus berlari , dan dia terjumpa lagi seorang abang hensem dan abang tu bertanya "nak kemana dik?". Dalam keadaan menahan malu , dia cakap nak balik bilik, dan dia bertanya abang hensem itu " blog C kat mana bang?". Ha?? sedangkan bilik sendiri , yang telah bermalam malam dia tidur di bilik tersebut dan bukanlah kali pertama untuk balik kebilik dia sendiri. Abang itu menunjukkan arah. Dalam keadaan kurang faham dan dia bukanlah senang senang nak ingat arah, dia terus berlari lagi. Dan sampai lah disebuah bangunan, dan terjumpa dengan kakak fasi. Kakak itu bertanya, " nak kemana dik" dia menjawab " nak balik bilik , tertinggal barang, blog C kat mana kak"?, sedangkan bangunan yang dia berdiri tu lah blog C. Dalam keadaan malu, setelah ditunjukkan arah oleh kakak tersebut, dia pun berlari kebilik. Alhamdulillah setelah pelbagai cabaran nak masuk kebilik sendri, akhirnya dia berjaya mengambil barang yang tertinggal itu. Ini bukanlah satu satunya peristiwa mengenai dirinya yang sukar untuk mengingat arah dan jalan , banyak lagi peristiwa yang dilaluinya, yang jika ingin diceritakan disini x tahulah bila akan berkesudahan. Oleh itu, janganlah pandang remeh kepada seseorang yang susah untuk ingat jalan dan arah, ini bukanlah perkara yang dibuat -buat tetapi perlu dorongan oleh semua pihak. Semoga SI DIA lebih fokus ketika berjalan.Tidak akan selamnya orang akan menemani kemana sahaja ingin kita pergi ;)

2 comments:

Azlan Typewriterr said...

saya azlan..saya juga menghadapi masalah tersebut..walaupun saya membesar di negeri perlis yg kecil ni,jalan2 n tempat di perlis pn saya xtahu..tmpt yg saya tahu cuma tempat yg berada dlm lingkungan 10 kilometer dari rumah saya..bila saya cuba utk keluar jauh,saya rasa gelisah,takut n berasa tidak yakin.saya rasa lbih selamat kalau duduk dlm rumah terperap dalam bilik..saya dh berumur 24 tahun..tpi gaya pemikiran saya sperti budak umur belasan tahun.lesen kereta blum buat..cuma ada lesen motosikal..itu pun sbb dipaksa dgn family..adik saya yg bru umur 18 tahun dh ada lesen kereta..saya juga rasa tidak yakin dalam setiap perkara yg saya lakukan..perkara n pengetahuan am pn xbanyak yg saya tahu...contoh mcm siapa pakcik saya,apa gelaran yg dipanggil utk adik mak saya..saya juga banyak berfikir,walaupun perkara remeh..kadangkala sya terfikir adakah sebab saya ni manja?atau dibesarkan dgn cara yg salah?atau mmg saya bodoh...bnda2 mcm ni lah yg slalu bermain difikiran saya..just nak share..skurang2nya ada org yg faham..

Anonymous said...

saya tersangatlah paham perasaan si dia.. but then how can we overcome this prob... even my family pon gelakkan dan marahkan saya sbb x tau jalan balik rumah.. n i am 20 years old...