BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, April 23, 2011

Terus Berdoa

Jika doa tidak dimakbulkan
jangan salahkan Allah
Ya Allah betapa kerdilnya aku
Betapa berdosa nya aku
Aku mempersoalkan kenapa doa ku tidak dimakbulkan
Ya Allah, tatkala emosiku bercelaru
tanpa sedar pelbagai kata terbit dibibirku
Ampunkan aku Ya Allah
Aku redha dengan segala ketentuan mu ini Ya Allah
Sejak abah sakit
Tanpa henti setiap hari aku berdoa
Setiap hari aku menadah tangan meminta
Agar Allah menyembuhkan
abah seperti sediakala
menjadikan abahku seperti dulu
menghindarkan keluargaku dari musibah
Namun, doa ku tidak dimakbulkan
Aku redha dengan ketentuan mu ini Ya Allah
Aku yakin
Pasti ada hikmah di masa akan datang
Yang aku x nampak
Hanya padamu tempat ku bergantung Ya Allah
Hanya padamu tempat ku meminta pertolongan
Ampunkan aku ya Allah

Teringat kembali kisah rama-rama dan bunga
Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan
rama-rama dan bunga
Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat
Lelaki ini sedih
Tidak faham
Mengapa pemberiannya berbeza dengan permintaannya
Kemudian dia berfikir
Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya
Selepas satu tempoh lelaki ini
memikirkan semula permohonan doanya
yang telah lama dilupakan
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat
Dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu
tumbuh pula bunga yang sangat cantik
Dan daripada ulat yang terselindung
Telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul
Cara Allah sentiasanya cara terbaik

Jika kita memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah
Percayalah
Pastinya Allah akan mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai

Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan
Aku akan terus berdoa tanpa ragu dan mengeluh

Duri Hari ini Adalah Bunga Hari Esok...Insyaallah



0 comments: