BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, May 16, 2011

Jasa Guru

Begitu pantas masa berlalu , segalanya berlaku dengan cepat sekali , siapa sangka hari ini aku menyambut hari guru sebagai seorang guru walaupun hanya sebagai seorang guru praktikal. Masih terbayang-bayang suasana sewaktu aku masih dibangku sekolah. Kenangan bersama kawan-kawan, suka duka bersama rakan tak akan terpadam diingatan sampai bila-bila. Jasa guru mendidikku sehingga aku kini berdiri dihadapan pelajar seperti mereka sebagai seorang guru. Kerjaya sebagai seorang guru bukanlah mudah, ada pelajar yang dapat terima kita dan ada juga tidak, tetapi jasa seorang guru tidak ternilai. Terlalu banyak kenangan bersama cikgu yang aku x dapat lupakan sehingga kini dari waktu aku tadika, sekolah rendahm sekolah menengah dan universiti. Antara memori2 bersama guru yang masih kuingat sehingga kini

Cikgu Azizah

Pelajar-pelajar panggil cikgu zah. Cikgu Zah mengajar aku Bahasa Melayu tingkatan 4 dan tingkatan 5 . Cikgu Zah terkenal dengan dendanya. Akulah antara pelajar yang selalu kena denda dalam kelas cikgu ni. Sebab utama aku selalu kena denda adalah lupa bawa buku latihan. Kerap sangat lupa. Ingat dah letak dalam beg , ikut jadual betul2 tapi bila cikgu minta nak tengok buku , buku tak ada . Mulalah gelabah. Pernah sekali tu aku sorang kena berdiri kat depan kelas. Berdiri atas kerusi pun pernah. Berkat usaha cikgu mengajar , keikhlasan cikgu mengajar , Alhamdulillah aku dapat A dalam BM SPM.

Cikgu Aminah Zuriah

Cikgu minah ajar Add Math. Walaupun lebih separuh dari budak2 kelas aku dulu tak suka Add Math . Tetapi aku sangat suka subjek ni. Ramai orang cakap Add Math susah , payah nak skor. tetapi kita tak boleh ikut cakap orang , setiap orang ada kebolehan masing-masing. Cikgu Minah selalu suruh buat latihan yang banyak. Aku ikut semua yang cikgu suruh . Alhamdulillah A1 dalam tangan untuk SPM. Terima Kasih Cikgu. Jasa cikgu tak akan saya lupa sampai bila-bila

Cikgu Zaharah

Cikgu Zaharah tak mengajar aku , tapi membimbing aku dalam pertandingan Bahas Ala Parlimen . Cikgu Zaharah seorang yang sangat bersemangat . Aku tak pernah masuk pun bahas sebelum ini iaitu pada tahun 2006, dan apabila dilamar oleh cikgu Zaharah untuk wakil sekolah , aku cuba walaupun terdetik juga kebimbangan kerana pada waktu itu peperiksaan SPM semakin hampir. Pelbagai kerenah aku sepanjang pertandingan tetapi cikgu tetap sabar. Alhamdulillah pasukan bahas kami telah memenangi juara daerah pada waktu itu. Menitis air mata cikgu kerana last sekolah kami menang adalah pada tahun 1989, secara kebetulan cikgu Zaharah yang menyertai pertandingan bahas pada tahun tersebut. Takdir Allah , kami yang lahir pada tahun 1989 mengharumkan kembali nama sekolah dalam pertandingan bahas. Terima Kasih Cikgu

Banyak lagi memori bersama cikgu yang masik segar diingatan sehigga kini. Ramai lagi cikgu yang tetap aku ingat sehingga sampai hari ini. Terima Kasih cikgu. Jasa cikgu tidak ternilai. Selamat Hari Guru Untuk Semua Insan Yang bergelar Pendidik

0 comments: