BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, October 14, 2009

Perancangan Kerjaya Masa Depan

Apabila berbicara mengenai kerjaya masa depan, seringkali membuatkan saya tersenyum sendiri..Kadangkala terdetik dihati ini tidak ingin lagi menyambung pengajian kerana tertekan dengan assignment yang bertimbun-timbun, namun kadangkala rasa teruja dan penuh semangat untuk menyambung pengajian apabila melihat kejayaan orang-orang yang berjaya seperti pensyarah-pensyarah. Saya juga kadang kala keliru dengan perancangan kerjaya masa hadapan saya

Namun, saya bertekad selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan sains kimia saya akan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang yang saya minati iaitu kimia.

Kerjaya seorang guru merupakan pekerjaan yang bakal menjadi kerjaya saya selepas ini. Sebagai seorang guru, saya berhasrat dapat menjadi seorang guru yang baik kepada semua pelajar dan menjadikan para pelajar sebagai kawan tetapi dalam masa yang sama mereka masih menghormati saya sebagai seorang guru. Saya akan menjadikan guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar saya sebagai idola dan menggunakan cara pengajaran yang pernah mereka gunakan sekiranya sesuai dengan situasi. Saya juga berharap dapat menjadi seorang guru yang cemerlang dan guru bitara. Saya akan terus berusaha dan berdoa agar segala hasrat dan impian saya tercapai.

Sebagai seorang insan yang bergelar anak kepada ibu dan ayah dan kakak kepada adik-adik yang pelbagai ragam dan keletah , saya berharap dapat memberikan segala yang terbaik kepada insan-insan yang paling saya sayang dalam hidup ini. Saya akan sentiasa berusaha dan terus cemerlang dalam pelajaran saya kerana kejayaan saya akan membuatkan insan-insan ini tersenyum gembira.

0 comments: