BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, July 21, 2016

PLC Lesson study Sains Tingkatan 4

Sunday, March 20, 2016

2016

2016
berhabuk dah blog..ingat ingat lupa password ni hehe
Alhamdulilah masih diberi nafas oleh Allah

Thursday, May 14, 2015

hidup

Tak semua benda dalam dunia ni kita nak kita akan dapat. Aku nak jadi seorang cikgu,Alhamdulillah Allah makbulkan tapi aku terpaksa jauh beribu batu dari keluarga. Aku redha dan masih belajar untuk redha. Ingatlah Allah x akan membebani kita dengan sesuatu di luar kesanggupan kita. Jadi maknanya ak mampu untuk memghadapi hidup jauh dari keluarga..Insyaallah kekuatan itu akan ada Allah bagi

Monday, June 16, 2014

kembali

Akhirnya jumpa jgk pasword blog ni....dah berabuk..dah lama x update...

Wednesday, December 19, 2012

ranjau kehidupan

Assalammualaikum pembuka bicara..dah berhabuk pon blog ni hampir setahun x update.. asam garam kehidupan penuh onak dan duri..pelbagai rintangan telah kulalui..hidup tampa abah dalam kehidupan kami terasa amat perit sekali..walau macam mana pon hidup mesti diteruskan..setiap yang hidup pastikan akan pergi,perlu kuat terima kenyataan itu..tahun ini seorang lagi insan yang sangat aku sayangi pergi meninggalkan aku,tok telah kembali ke Rahmatullah pada 4 hb 9..Ya Allah engkau cucurilah rahmat keatas roh mereka...

Tahun ini, tahun pertama aku hidup bukan sebagai seorang pelajar,pelbagai pekerjaan telah ku cuba..tapi hati ini kuat berkeinginan untuk menjadi seorang guru..Terasa ingin kembali ke zaman belajar, bergelak tawa bersama rakan,berhempas pulas menyiapkan assignment,bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran bila nak exam, segalanya kini hanya tinggal kenangan.. 

Kini aku bekerja di salah sebuah kilang di sungai petani kedah sebagai seorang kerani..tinggal bersama tok wan dan maksu,siapa sangka maksu dan tokwan yang selama ini hidup di kampung ditengah sawah padi berpindah hidup di pekan,dirumah taman..Ya Allah semua kehendak mu, semuanya rahsia mu ya Allah...sebagai seorang pekerja kadangkala hati ini meronta ingin meninggalkan pekerjaan ini, namun jika kupikirkan soal wang,kugagahi jua.. ni update blog pon curi2 time kerja..ok nnti smbung lagi

Thursday, December 22, 2011

ComeBack

Lama jugak x update blog ni , bukan apa malas, malas nak menaip.. apa yang nak diluahkan kini hanya kepada Allah ..namun kadangkala hati ini memberontak nak mengadu, nak bercerita tapi x tahu kepada siapa,kepada mak, x nak bebankan mak, kepada kawan2, mungkin boleh tp tdaklah banyak... Dah lama abah tak da, tapi percaya atau tidak, sampai hari ini, sampai saat ini, sampai detik ini, sedikit pon tak pernah hilang diingatan, segalanya masih segar..Ya Allah redhakan hatiku abah pergi takkan kembali...

Sunday, August 14, 2011

Ramadhan Terakhir

Sepinya ramadhan ini tanpa abah
Tak sangka Ramadhan tahun lalu , ramadhan terakhir kak bersama abah
Segalanya dalam perancangan Allah , kalau la kak tahu ramadhan lepas adalah ramadhan terakhir kak bersama abah , akan kak manfaatkan sebaik mungkin..tapi tahun lepas kak balik beberapa hari ja sebelum raya , macam2 abah beli untuk buka posa kalau kak balik..ok la selamat berbuka puasa..mencoret ini saja dah menitis air mata ..cukuplah ..

Sunday, August 7, 2011






Ya Allah, aku tdk mengharap apa-apa kecuali redha-Mu.


sucikanlah diriku zahir dan batin dan temukanlah diriku


dgn hmbaMu yg soleh utk menjadi pendamping dan imamku


demi meraih redhaMu

Sunday, July 24, 2011

suka duka kehidupan

Dah lama rasanya tdak mencoret disini, cuba untuk berlari dr perasaan sedih, cuba untuk lari dari perasaan duka.. Hari ini genap 99 ari aku hidup tanpa abah, genap 99 hari aku tdak mendengar suara abah, genap 99 ari segalanya berubah dalam hidup aku dan keluargaku..Terasa baru semalam bersama abah..Rindu pada abah tak pernah hilang walau sedikit.. Kesibukan tugas harian sbaga seorang guru sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa derita di hati ini.. Tapi hanya Allah yang tahu perasaan ini.. Semoga segalanya bejalan lancar dikemudian hari dan dapat meneruskan hidup seperti biasa seperti ketika abah masih ada..Setelah hampir dua bulan aku memikul tanggungjawab sebagai seorang guru, baru dapat aku rasakan betapa beratnya tugas ini dan betapa mulianya kerjaya ini. Manakan tidak , seorang guru sanggup berhempas pulas mengajar anak muridnya sedangkan seorang murid belum tentu sedar dan menghargai jasa guru. Seorang guru akan mengukir senyuman yang indah sekiranya pelajar dibawah didikannuya dapat memahami apa yang diajar dan dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Inilah yang dapat aku rasakan sekarang. Alhamdulillah , syukur kepada Allah aku masih dipanjangkan umur merasai rasanya menjadi seorang guru walaupun hanya sebaga guru praktikal. Sangat2 terkilan kerana abah tak sempat untuk mendengar segala cerita2 aku, x dapat melihat anknya ke sekolah sebagai seorang guru. Mungkin abah dapat lihat kak dari jauh..Semoga abah seronok disana, semoga abah tenang disana dan ditempatkan bersama orang2 beriman.. Kak sayang abah sangat2 ..

Monday, June 27, 2011

Abah, kak rindu sangat2 kat abah
Kak x sangka abah pergi begitu cepat
Kak x besedia langsung utk kehilangan abah
Abah ,
Kak dah hilang tempat nak bercerita
Dulu, abah la paling excited kalau dengar kak cerita
Semua benda kak cerita kat abah,
abah dengar tanpa jemu
Abah
Kenapa abah pergi terlalu awal
Sangat perit kak nak terima apa yang jadi ni
Sakit sangat2 abah .....

Tuesday, June 21, 2011

:(

sepi :(

rindu :(
hanya Allah yang tahu
x dpt nk d ungkapkan dgn kata-kata

Monday, June 20, 2011

derita

bibir mengukir senyum
gelak tawa sentiasa
siapa tahu hati merana
siapa tahu hatiku hiba
siapa tahu hatiku menangis..
abah, kak rindu abah ..tersangat rindu
sampai hari ni kak belum padamkan lagi nama abah dalam henset kak
bila telefon bunyi terpapar nama " abah "
kak harap sangat bila kak angkat telefon kak dapat dengar suara abah macam selalu
kak tau itu mustahil....
Ya Allah, kuatkan imanku

Monday, May 23, 2011

Jasa Ayah

Tangisan anak kecil menggetarkan jiwa ayah
Tiada rasa beban
Tiada rasa susah
Pada mata ayah
Tergambar harapan besar
Terbayang masa depan yang indah

Keceriaan jelas terpancar di mata ayah
Tatkala anak menghadiahkan kecermelangan
Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah ayah
Tatkala anak menjejakkan kaki ke menara gading

Sanggup bersusah demi anak
Sanggup bermandi peluh demi anak
Tiada rasa susah
Tiada rasa beban
Demi anak
Segalanya sanggup dilakukan

Kegembiraan jelas terpancar di wajah ayah
Tatkala anak ingin pulang ke kampung
Tiada rasa susah
Tiada rasa beban
Demi anak
Sanggup hilangkan rasa mengantuk
Demi menjemput anak di subuh hari

Kini
Ayah pergi
Belum sempat anak berbakti pada ayah
Belum sempat ayah merasa keringat anak
Belum sempat ayah melihat anak menggenggam ijazah
Setiap jam
Setiap minit
Setiap saat
Terbayang wajah ayah
Jasa ayah
Takkan dilupa hingga hujung nyawa

Friday, May 20, 2011

Abah sentiasa muda di mata kak

Abah pergi di saat rambut belum beruban
Abah , setiap semester bila result keluar kak akan terus bagi tau abah
Abah, kak betul2 rindukan abah...tersangat rinduu

Tuesday, May 17, 2011

Adik-adikku sering bertanya bila aku nak balik kampung ?

dulu, pantang cuti cepat2 aku nak balik kampung . Abah pon cepat2 tanya bila nak balik. Abahla orang paling risau pasal tiket aku. Sebulan lagi nak balik pon setiap hari bila aku telefon dia akan tanya " kak beli tiket x lagi "..Bila aku x beli2 jugak kmudian tket abes , kena la marah dengan abah , " tu la habaq awai dah suruh beli x beli2 "..Sekarang segalanya berubah , aku rindukan sikap prihatin abah , segalanya tentang abah ..rindu sangat2..

Monday, May 16, 2011

Jasa Guru

Begitu pantas masa berlalu , segalanya berlaku dengan cepat sekali , siapa sangka hari ini aku menyambut hari guru sebagai seorang guru walaupun hanya sebagai seorang guru praktikal. Masih terbayang-bayang suasana sewaktu aku masih dibangku sekolah. Kenangan bersama kawan-kawan, suka duka bersama rakan tak akan terpadam diingatan sampai bila-bila. Jasa guru mendidikku sehingga aku kini berdiri dihadapan pelajar seperti mereka sebagai seorang guru. Kerjaya sebagai seorang guru bukanlah mudah, ada pelajar yang dapat terima kita dan ada juga tidak, tetapi jasa seorang guru tidak ternilai. Terlalu banyak kenangan bersama cikgu yang aku x dapat lupakan sehingga kini dari waktu aku tadika, sekolah rendahm sekolah menengah dan universiti. Antara memori2 bersama guru yang masih kuingat sehingga kini

Cikgu Azizah

Pelajar-pelajar panggil cikgu zah. Cikgu Zah mengajar aku Bahasa Melayu tingkatan 4 dan tingkatan 5 . Cikgu Zah terkenal dengan dendanya. Akulah antara pelajar yang selalu kena denda dalam kelas cikgu ni. Sebab utama aku selalu kena denda adalah lupa bawa buku latihan. Kerap sangat lupa. Ingat dah letak dalam beg , ikut jadual betul2 tapi bila cikgu minta nak tengok buku , buku tak ada . Mulalah gelabah. Pernah sekali tu aku sorang kena berdiri kat depan kelas. Berdiri atas kerusi pun pernah. Berkat usaha cikgu mengajar , keikhlasan cikgu mengajar , Alhamdulillah aku dapat A dalam BM SPM.

Cikgu Aminah Zuriah

Cikgu minah ajar Add Math. Walaupun lebih separuh dari budak2 kelas aku dulu tak suka Add Math . Tetapi aku sangat suka subjek ni. Ramai orang cakap Add Math susah , payah nak skor. tetapi kita tak boleh ikut cakap orang , setiap orang ada kebolehan masing-masing. Cikgu Minah selalu suruh buat latihan yang banyak. Aku ikut semua yang cikgu suruh . Alhamdulillah A1 dalam tangan untuk SPM. Terima Kasih Cikgu. Jasa cikgu tak akan saya lupa sampai bila-bila

Cikgu Zaharah

Cikgu Zaharah tak mengajar aku , tapi membimbing aku dalam pertandingan Bahas Ala Parlimen . Cikgu Zaharah seorang yang sangat bersemangat . Aku tak pernah masuk pun bahas sebelum ini iaitu pada tahun 2006, dan apabila dilamar oleh cikgu Zaharah untuk wakil sekolah , aku cuba walaupun terdetik juga kebimbangan kerana pada waktu itu peperiksaan SPM semakin hampir. Pelbagai kerenah aku sepanjang pertandingan tetapi cikgu tetap sabar. Alhamdulillah pasukan bahas kami telah memenangi juara daerah pada waktu itu. Menitis air mata cikgu kerana last sekolah kami menang adalah pada tahun 1989, secara kebetulan cikgu Zaharah yang menyertai pertandingan bahas pada tahun tersebut. Takdir Allah , kami yang lahir pada tahun 1989 mengharumkan kembali nama sekolah dalam pertandingan bahas. Terima Kasih Cikgu

Banyak lagi memori bersama cikgu yang masik segar diingatan sehigga kini. Ramai lagi cikgu yang tetap aku ingat sehingga sampai hari ini. Terima Kasih cikgu. Jasa cikgu tidak ternilai. Selamat Hari Guru Untuk Semua Insan Yang bergelar Pendidik

Friday, May 13, 2011

cuba untuk tidak menangis lagi

Aku kuat
Aku x lemah
Stop Menangis
Jangan lagi Menangis
Jangan lagi mengalirkan air mata
Stooopppp menangis !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Entah mengapa hatiku rasa tersentuh sangat
Rasa sedih sangat sejak akhir-akhir ni
Mudah pulak terasa hati
Mungkin kerana terlalu rindu kan abah
Terlalu rindukan mak
Terlalu rindukan adik-adik
Ya Allah x tertanggung rasa rindu ini
Andai aku tidak kuat , pasti aku rebah tersungkur , lemah longlai
Hanya pada Allah tempat ku mengadu
Kadang2 rasa sepi sangat
Rasa sunyi sangat
Walaupun ada ada kawan2 ...


abah!!!!!!

dulu, apa2 kak buat semua kak cerita kat abah
abah pendengar yang baik
abah dengar apa2 pun yang kak cerita
kak excited sgt cerita kat abah
sekarang kak dah start praktikal
dulu, abah semangat sgt kalau kak cerita sal nk praktikal
sal masa depan kak, pasal masa depan keluarga kita
macam2 abah berangan
abah, kak rindu sgt kat abah

Wednesday, May 11, 2011

student : cikgu, soalan ni salah , jwapan x da dlm pilihan jawapan ..
cikgu : kamu la yg salah kira
student : betol dah sy kira
cikgu : jawapan ada dlm ni ja
student : try la cikgu kira
ambooi2 kiralah sndiri