Tuesday, October 27, 2009
Saturday, October 24, 2009
Refleksi - assignment picasa
Alhamdulillah saya dan kawan-kawan berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan mengenai picasa, kami menghasilkan movie daripada gambar mengenai eksperimen yang telah kami edit..
Posted by amira at 5:39 AM 0 comments
Thursday, October 22, 2009
Saturday, October 17, 2009
Friday, October 16, 2009
Thursday, October 15, 2009
Simulasi
Pembelajaran rangkaian komunikasi tanpa melalui pengalaman memasang atau menguji
rangkaian sebenar menyukarkan pelajar untuk menguasai mata pelajaran Telekomunikasi
dan Rangkaian. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana
pembelajaran melalui pengalaman adalah menerusi simulasi.Simulasi popular digunakan dalam bidang pendidikan terutamanya pendidikan perubatan, kejuruteraan, perniagaan, ketenteraan dan pendidikan yang berkaitan dengan sains. Dengan adanya teknologi telekomunikasi yang kian berkembang, simulasi telah diberi nafas baru dengan menggabungkannya dengan teknologi telekomunikasi yang dikenali sebagai simulasi menerusi web atau World Wide Web-based Simulation (WWWS).
Menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran mempunyai beberapa
kepentingan, kepentingan utama adalah memastikan pelajar aktif dalam eksplorasi dan
belajar sesuatu yang mana pendekatan yang digunakan berkaitan dengan teori pembelajaran
moden. Pembelajaran simulasi berkomputer lebih kepada pembelajaran menerusi
pengalaman yang memerlukan sokongan dari pengajar atau sistem bagi memastikan
simulasi yang digunakan adalah efektif.
Simulasi berkomputer mempunyai nilai yang sangat besar dan memberikan pelbagai faedah kepada para pelajar. Simulasi berkomputer membolehkan pelajar meningkatkan serta melakukan banyak aktiviti yang mana jika dilakukan pada dunia nyata akan meningkatkan kos sertamungkin membahayakan pelajar. Simulasi berkomputer juga dapat menghasilkan tindakbalas yang betul serta teratur yang mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan mengupah seorang guru bagi setiap pelajar. Ianya juga telah terbukti sebagai satu cara pembelajaran yang efektif, yang mana membolehkan pelajar lebih inovatif dan kreatif.
Apabila simulasi berkomputer digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, para pelajar akan lebih berminat untuk belajar dan berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai topik yang diajar oleh guru. Kami juga turut diberikan tugasan mengenai simulasi iaitu simulasi yang digunakan di dalam eksperimen. Saya dan kawan saya memilih tajuk kesan luas permukaan terhadap kadar tindak balas. Untuk melihat hasil kerja kami, sila klik disini.
Untuk mendapatkan banyak lagi simulasi berkomputer terutama sekali dalam mata pelajaran berkaitan dengan sains sila klik disini
Posted by amira at 7:52 AM 0 comments
Spreadsheet
Kelebihan menggunakan spreadsheet di dalam perisian microsoft excel ini juga ialah kemudahan fungsi perkiraan yang dipermudahkan. Microsoft excel membolehkan perkiraan dilakukan di helaian kerja dengan mudah. Selepas menyediakan formula, jika nilai di dalam sel rujukan formula diubah, microsoft excel secara automatik akan dilakukan pengiraan semula berpandukan kepada perubahan data dalam sel tersebut. Dengan ini ianya dapat memudahkan kerja kita, tanpa perlu mengira semula dengan menggunakan kalkulator dan sebagainya. Pada awalnya, saya sendiri berasa keliru dan kurang mahir untuk menggunakan spreadsheet ini, namun setelah beberapa kali mencuba saya menjadi seronok menggunakannya. Kami juga turut diberikan tugasan berkumpulan iaitu seramai 2 orang setiap kumpulan mengenai spreadsheet, dan Alhamdulillah kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya, untuk melihat tugasan yang berjaya kami siapkan sila klik pada Tugasan2 di sebelah.
Posted by amira at 7:27 AM 0 comments
Wednesday, October 14, 2009
Falsafah Pendidikan Diri
Di samping itu juga saya akan menjadi seorang guru yang tegas kepada pelajar- pelajar, tegas di sini bukanlah bermaksud garang dan sentiasa memarahi pelajar-pelajar tetapi tegas sewaktu mengajar dan dalam masa yang sama menggunakan gaya pengajaran yang mudah diterima oleh pelajar agar pelajar tidak main-main ketika di dalam kelas dan dapat menerima apa yang diajar dengan mudah kerana tiada tekanan diberikan.
Saya juga akan menerapkan disiplin yang baik kepada para pelajar saya terutamanya berkaitan dengan masa. Saya akan memastikan mereka menggunakan masa dengan sebaik mungkin kerana masa itu emas. Pengurusan masa sangat penting bagi seorang pelajar kerana apabila mereka dapat menguruskan masa dengan baik ini bererti mereka dapat menguruskan pelajaran mereka dengan sebaik mungkin.
Saya akan sentiasa menambahkan pengetahuan dengan pelbagai maklumat bukan sahaja tentang subjek yang saya ajar malah mengenai pengetahuan am yang berkaitan, hal ini kerana pelajar zaman sekarang lebih berfikiran jauh malah ada juga yang lebih bijak dari gurunya. Saya akan sentiasa mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu apabila masuk ke kelas agar apabila para pelajar menyoal sesuatu saya dapat menjawab dengan baik dan tidak gelabah. Apabila kita dapat menjawab sesuatu dengan yakin, saya percaya pelajar akan lebih menghormati kita dan yakin dengan kerjaya kita sebagai seorang guru tanpa mempersoalkannya.
Kerjaya seorang guru bukanlah sesuatu kerjaya yang mudah kerana kerjaya ini melibatkan masa depan anak bangsa. Jadi saya akan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa agar dapat menjadi seorang guru bitara dan seorang guru yang bertanggungjawab serta sentiasa menjadikan Falsafah Pendidikan Guru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan sebagai panduan ke arah menjadi guru yang cemerlang kepada pelajar-pelajar yang bakal menjadi harapan negara.
Ingin saya kongsikan di sini sebuah puisi nukilan Allahyarham Dato' Dr Usman Awang mengenai guru...Dari dulu hinggalah sekarang saya amat menyukai puisi ini...
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Posted by amira at 11:26 PM 0 comments
Perancangan Kerjaya Masa Depan
Namun, saya bertekad selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan sains kimia saya akan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang yang saya minati iaitu kimia.
Kerjaya seorang guru merupakan pekerjaan yang bakal menjadi kerjaya saya selepas ini. Sebagai seorang guru, saya berhasrat dapat menjadi seorang guru yang baik kepada semua pelajar dan menjadikan para pelajar sebagai kawan tetapi dalam masa yang sama mereka masih menghormati saya sebagai seorang guru. Saya akan menjadikan guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar saya sebagai idola dan menggunakan cara pengajaran yang pernah mereka gunakan sekiranya sesuai dengan situasi. Saya juga berharap dapat menjadi seorang guru yang cemerlang dan guru bitara. Saya akan terus berusaha dan berdoa agar segala hasrat dan impian saya tercapai.
Sebagai seorang insan yang bergelar anak kepada ibu dan ayah dan kakak kepada adik-adik yang pelbagai ragam dan keletah , saya berharap dapat memberikan segala yang terbaik kepada insan-insan yang paling saya sayang dalam hidup ini. Saya akan sentiasa berusaha dan terus cemerlang dalam pelajaran saya kerana kejayaan saya akan membuatkan insan-insan ini tersenyum gembira.
Posted by amira at 10:26 PM 0 comments
H1N1
Negara kita telah digemparkan dengan wabak H1N1. Wabak ini telah menular dengan begitu cepat ke negara kita. Semua masyarakat tidak kira yang muda ataupun tua, pelajar atau pun pekerja bimbang dengan menularnya wabak ini. Keadaan yang lebih buruk mungkin berlaku sekiranya setiap individu tidak mengambil langkah-langkah pencegahan. Sebagai seorang mahasiswi saya juga turut mengikuti langkah-langkah pencegahan H1N1 agar kesihatan sentiasa terjamin dan dapat meneruskan pengajian dengan baik dan lancar.
Beberapa langkah pencegahan turut diambil oleh pihak UPSI antaranya ialah mengedarkan topeng penutup hidung secara percuma kepada pelajar. Kemunculan beberapa orang MPP di stesen keretapi semasa cuti hari raya yang lalu turut mengejutkan saya. Pada awalnya saya fikir mereka hanya ingin mengedarkan kurma kerana pada waktu itu bulan Ramadhan tetapi ternyata mereka bukan hanya mengedarkan kurma tetapi turut mengedarkan topeng penutup hidung secara percuma kepada semua para pelajar yang sedang menunggu keretapi. Turut disertakan bersama topeng penutup hidung itu ialah sehelai kertas mengenai pencegahan H1N1. Usaha yang dilakukan ini amat saya hargai. Usaha ini juga sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan menularnya wabak H1N1.
Posted by amira at 8:22 PM 0 comments
Kisah rama-rama
Dalam menempuh cabaran dan halangan dalam hidup ini kita hendaklah sentiasa berusaha dan terus berdoa kepada ALLAH SWT. Janganlah sesekali kita putus asa sebelum berusaha melakukan sesuatu. Mungkin apa yang kita inginkan tidak dapat kita peroleh dalam masa terdekat, INSYAALLAH pada masa akan datang kita akan dapat apa yang kita inginkan.. Memanglah, apa yang kita inginkan tidak semuanya akan kita dapat namun teruslah berusaha dan berdoa agar kita berjaya mengharungi cabaran dan dugaan dalam menempuh liku-liku hidup yang mencabar ini.
Disini, ingin saya kongsikan 1 lagi kisah yang sangat menarik mengenai rama-rama dan bunga
Posted by amira at 7:27 PM 0 comments
SMARTBOARD
Pada pelajaran kali ini kami diperkenalkan dengan papan putih yang luar biasa ini iaitu smartboard. Saya sendiri pun teruja apabila melihat kecanggihan smartboard apabila ditunjukkan oleh Puan Asmayati iaitu pensyarah TKU3023. Papan tulis interaktif smartboard ini sepenuhnya adalah touchscreen. Dengan hanya menggunakan sentuhan pen-pen yang disediakan pelbagai benda boleh dilukis seperti kita menggunakan tetikus semasa melukis di komputer. Smartboard ini hanya menggunakan sentuhan untuk melukis sesuatu atau menulis sesuatu. Apa yang menariknya jika pen-pen yang disediakan hilang, sebenarnya kita masih lagi boleh menulis atau melukis hal ini kerana pen-pen tersebut sebenarnya tidak mengeluarkan apa-apa dakwat pun, jika ianya hilang kita hanya perlu meletakkan sesuatu ditempat pen tersebut dan mengangkat benda yang kita letak itu apabila kita ingin menulis atau melukis. Jari juga digunakan bagi menggantikan tetikus, menarik bukan? itulah kecanggihan teknologi masa kini. Mungkin sukar difahami jika diterangkan disini cara penggunaan smart board kerana tidak dapat melihat di depan mata, namun ingin saya katakan di sini penggunaan smartboard sangat mudah dan seronok. Para pelajar TKU3023 juga tidak melepaskan peluang mencuba papan tulis interaktif smartboard ini, umpama budak baru belajar kami begitu teruja mencuba smartboard ini.
Penggunaan papan tulis interaktif smartboard ini adalah salah satu cara yang boleh digunakan di kelas-kelas bagi menerapkan penggunaan teknologi dalam pelajaran. Saya pasti, jika papan tulis interaktif smartboard ini digunakan semasa mengajar kelak tentulah proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sangat menarik dan seronok. Mungkin suatu hari nanti semua sekolah di Malaysia menggunakan papan tulis interaktif smartboard..INSYAALLAH..
Papan tulis interaktif smartboard ini dapat meningkatkan kualiti dan efektif pengajaran yang berlangsung di dalam kelas. Hal ini kerana sebelum smartboard ini difungsikan semua mata siswa siswi, ataupun pelajar akan tertumpu kepada smartboard ketika di dalam kelas. Apabila smartboard digunakan di dalam kelas semua pelajar dapat menikmati interaksi dengan papan tulis tersebut melalui pelbagai cara yang tidak mungkin dilakukan dengan papan tulis biasa. Gambar, latihan interaktif dan teks dapat dihasilkan dan dimanipulasikan oleh sesiapa pun. Smartboard dapat memberikan pengalaman yang menarik kepada semua pelajar,dan mengakses internet di papan tulis merupakan sesuatu yang amat menarik dan bernilai kepada para pelajar dan juga guru..Jadi, penggunaan papan tulis interaktif smartboard ini memberikan pelbagai manfaat kepada guru, pensyarah, pelajar sekolah dan juga mahasiswa dan mahasiswi...
Posted by amira at 6:18 PM 0 comments
PICASA
Pada pelajaran kali ini, para pelajar TKU3023 diperkenalkan dengan satu lagi perisian yang menarik iaitu picasa. Saya akui pada awalnya saya sendiri tidak pernah mengetahui wujudnya perisian ini malah tidak pernah mendengar pun mengenai perisian ini. Kebiasaanya apabila mengedit gambar, saya selalu menggunakan adobe photoshop, jadi apabila diperkenalkan dengan perisian ini barulah saya faham apakah itu perisian picasa?Picasa adalah perisian pengurusan foto terbaik. Pelbagai gambar boleh diedit menggunakan perisian picasa ini. Cara penggunannya juga mudah dan cepat dipelajari. Para pelajar TKU3023 turut diberikan tugasan untuk mengedit gambar menggunakan perisian picasa. Gambar-gambar yang dipaparkan di bawah ini adalah mengenai perisian picasa
Posted by amira at 5:46 PM 0 comments
CAMSTUDIO
Posted by amira at 5:24 PM 0 comments
E-Portfolio
Posted by amira at 5:03 PM 0 comments
Cooliris
Cooliris juga boleh dikenali sebagai piclens. Cooliris adalah laman web yang sangat menarik yang boleh menjadikan sesebuah gambar dilihat dengan cara yang menarik dan berbeza. Pada kebiasaanya kita hanya melihat gambar menggunakan slide show biasa. Tetapi dengan menggunakan cooliris preview ianya lebih menarik. Cooliris preview adalah sebuah aplikasi yang memperlihatkan preview dari sebuah link tanpa harus meng-klik link tersebut dan membukanya pada window/tab baru serta tidak meninggalkan halaman tempat link itu berada. Aplikasi ini sangat berguna terutamanya apabila mencari fail gambar dan sebagainya. Bukan itu sahaja, cooliris juga boleh digunakan di dalam pengajaran. Guru hanya perlu menukarkan slide powerpoint yang telah dibuat ke dalam bentuk jpeg dan menggunakan cooliris semasa pengajaran. Pengajaran tentu akan menjadi lebih menarik dan seronok dengan menggunakan cooliris.
Posted by amira at 4:36 PM 0 comments
Mengapa Guru Perlu Menggunakan ICT dalam pengajaran
Kebangkitan era perkembangan teknologimasa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Teknologi memainkan peranan yang sangat penting dan menyedari kepentingan itulah maka uasaha menggabungkan aspek-aspek teknologi di dalamkurikulum sekolah dianggap sebagai satu usaha yang komited ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Penggunaan ICT di sekolah bermaksud guru menggunakan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran seperti komputer dan sebagainya
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi komputer perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Untuk mencapai matlamat pendidikan di
Posted by amira at 4:03 PM 0 comments