BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, July 24, 2011

suka duka kehidupan

Dah lama rasanya tdak mencoret disini, cuba untuk berlari dr perasaan sedih, cuba untuk lari dari perasaan duka.. Hari ini genap 99 ari aku hidup tanpa abah, genap 99 hari aku tdak mendengar suara abah, genap 99 ari segalanya berubah dalam hidup aku dan keluargaku..Terasa baru semalam bersama abah..Rindu pada abah tak pernah hilang walau sedikit.. Kesibukan tugas harian sbaga seorang guru sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa derita di hati ini.. Tapi hanya Allah yang tahu perasaan ini.. Semoga segalanya bejalan lancar dikemudian hari dan dapat meneruskan hidup seperti biasa seperti ketika abah masih ada..Setelah hampir dua bulan aku memikul tanggungjawab sebagai seorang guru, baru dapat aku rasakan betapa beratnya tugas ini dan betapa mulianya kerjaya ini. Manakan tidak , seorang guru sanggup berhempas pulas mengajar anak muridnya sedangkan seorang murid belum tentu sedar dan menghargai jasa guru. Seorang guru akan mengukir senyuman yang indah sekiranya pelajar dibawah didikannuya dapat memahami apa yang diajar dan dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Inilah yang dapat aku rasakan sekarang. Alhamdulillah , syukur kepada Allah aku masih dipanjangkan umur merasai rasanya menjadi seorang guru walaupun hanya sebaga guru praktikal. Sangat2 terkilan kerana abah tak sempat untuk mendengar segala cerita2 aku, x dapat melihat anknya ke sekolah sebagai seorang guru. Mungkin abah dapat lihat kak dari jauh..Semoga abah seronok disana, semoga abah tenang disana dan ditempatkan bersama orang2 beriman.. Kak sayang abah sangat2 ..

0 comments: