BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, May 23, 2011

Jasa Ayah

Tangisan anak kecil menggetarkan jiwa ayah
Tiada rasa beban
Tiada rasa susah
Pada mata ayah
Tergambar harapan besar
Terbayang masa depan yang indah

Keceriaan jelas terpancar di mata ayah
Tatkala anak menghadiahkan kecermelangan
Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah ayah
Tatkala anak menjejakkan kaki ke menara gading

Sanggup bersusah demi anak
Sanggup bermandi peluh demi anak
Tiada rasa susah
Tiada rasa beban
Demi anak
Segalanya sanggup dilakukan

Kegembiraan jelas terpancar di wajah ayah
Tatkala anak ingin pulang ke kampung
Tiada rasa susah
Tiada rasa beban
Demi anak
Sanggup hilangkan rasa mengantuk
Demi menjemput anak di subuh hari

Kini
Ayah pergi
Belum sempat anak berbakti pada ayah
Belum sempat ayah merasa keringat anak
Belum sempat ayah melihat anak menggenggam ijazah
Setiap jam
Setiap minit
Setiap saat
Terbayang wajah ayah
Jasa ayah
Takkan dilupa hingga hujung nyawa

Friday, May 20, 2011

Abah sentiasa muda di mata kak

Abah pergi di saat rambut belum beruban
Abah , setiap semester bila result keluar kak akan terus bagi tau abah
Abah, kak betul2 rindukan abah...tersangat rinduu

Tuesday, May 17, 2011

Adik-adikku sering bertanya bila aku nak balik kampung ?

dulu, pantang cuti cepat2 aku nak balik kampung . Abah pon cepat2 tanya bila nak balik. Abahla orang paling risau pasal tiket aku. Sebulan lagi nak balik pon setiap hari bila aku telefon dia akan tanya " kak beli tiket x lagi "..Bila aku x beli2 jugak kmudian tket abes , kena la marah dengan abah , " tu la habaq awai dah suruh beli x beli2 "..Sekarang segalanya berubah , aku rindukan sikap prihatin abah , segalanya tentang abah ..rindu sangat2..

Monday, May 16, 2011

Jasa Guru

Begitu pantas masa berlalu , segalanya berlaku dengan cepat sekali , siapa sangka hari ini aku menyambut hari guru sebagai seorang guru walaupun hanya sebagai seorang guru praktikal. Masih terbayang-bayang suasana sewaktu aku masih dibangku sekolah. Kenangan bersama kawan-kawan, suka duka bersama rakan tak akan terpadam diingatan sampai bila-bila. Jasa guru mendidikku sehingga aku kini berdiri dihadapan pelajar seperti mereka sebagai seorang guru. Kerjaya sebagai seorang guru bukanlah mudah, ada pelajar yang dapat terima kita dan ada juga tidak, tetapi jasa seorang guru tidak ternilai. Terlalu banyak kenangan bersama cikgu yang aku x dapat lupakan sehingga kini dari waktu aku tadika, sekolah rendahm sekolah menengah dan universiti. Antara memori2 bersama guru yang masih kuingat sehingga kini

Cikgu Azizah

Pelajar-pelajar panggil cikgu zah. Cikgu Zah mengajar aku Bahasa Melayu tingkatan 4 dan tingkatan 5 . Cikgu Zah terkenal dengan dendanya. Akulah antara pelajar yang selalu kena denda dalam kelas cikgu ni. Sebab utama aku selalu kena denda adalah lupa bawa buku latihan. Kerap sangat lupa. Ingat dah letak dalam beg , ikut jadual betul2 tapi bila cikgu minta nak tengok buku , buku tak ada . Mulalah gelabah. Pernah sekali tu aku sorang kena berdiri kat depan kelas. Berdiri atas kerusi pun pernah. Berkat usaha cikgu mengajar , keikhlasan cikgu mengajar , Alhamdulillah aku dapat A dalam BM SPM.

Cikgu Aminah Zuriah

Cikgu minah ajar Add Math. Walaupun lebih separuh dari budak2 kelas aku dulu tak suka Add Math . Tetapi aku sangat suka subjek ni. Ramai orang cakap Add Math susah , payah nak skor. tetapi kita tak boleh ikut cakap orang , setiap orang ada kebolehan masing-masing. Cikgu Minah selalu suruh buat latihan yang banyak. Aku ikut semua yang cikgu suruh . Alhamdulillah A1 dalam tangan untuk SPM. Terima Kasih Cikgu. Jasa cikgu tak akan saya lupa sampai bila-bila

Cikgu Zaharah

Cikgu Zaharah tak mengajar aku , tapi membimbing aku dalam pertandingan Bahas Ala Parlimen . Cikgu Zaharah seorang yang sangat bersemangat . Aku tak pernah masuk pun bahas sebelum ini iaitu pada tahun 2006, dan apabila dilamar oleh cikgu Zaharah untuk wakil sekolah , aku cuba walaupun terdetik juga kebimbangan kerana pada waktu itu peperiksaan SPM semakin hampir. Pelbagai kerenah aku sepanjang pertandingan tetapi cikgu tetap sabar. Alhamdulillah pasukan bahas kami telah memenangi juara daerah pada waktu itu. Menitis air mata cikgu kerana last sekolah kami menang adalah pada tahun 1989, secara kebetulan cikgu Zaharah yang menyertai pertandingan bahas pada tahun tersebut. Takdir Allah , kami yang lahir pada tahun 1989 mengharumkan kembali nama sekolah dalam pertandingan bahas. Terima Kasih Cikgu

Banyak lagi memori bersama cikgu yang masik segar diingatan sehigga kini. Ramai lagi cikgu yang tetap aku ingat sehingga sampai hari ini. Terima Kasih cikgu. Jasa cikgu tidak ternilai. Selamat Hari Guru Untuk Semua Insan Yang bergelar Pendidik

Friday, May 13, 2011

cuba untuk tidak menangis lagi

Aku kuat
Aku x lemah
Stop Menangis
Jangan lagi Menangis
Jangan lagi mengalirkan air mata
Stooopppp menangis !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Entah mengapa hatiku rasa tersentuh sangat
Rasa sedih sangat sejak akhir-akhir ni
Mudah pulak terasa hati
Mungkin kerana terlalu rindu kan abah
Terlalu rindukan mak
Terlalu rindukan adik-adik
Ya Allah x tertanggung rasa rindu ini
Andai aku tidak kuat , pasti aku rebah tersungkur , lemah longlai
Hanya pada Allah tempat ku mengadu
Kadang2 rasa sepi sangat
Rasa sunyi sangat
Walaupun ada ada kawan2 ...


abah!!!!!!

dulu, apa2 kak buat semua kak cerita kat abah
abah pendengar yang baik
abah dengar apa2 pun yang kak cerita
kak excited sgt cerita kat abah
sekarang kak dah start praktikal
dulu, abah semangat sgt kalau kak cerita sal nk praktikal
sal masa depan kak, pasal masa depan keluarga kita
macam2 abah berangan
abah, kak rindu sgt kat abah

Wednesday, May 11, 2011

student : cikgu, soalan ni salah , jwapan x da dlm pilihan jawapan ..
cikgu : kamu la yg salah kira
student : betol dah sy kira
cikgu : jawapan ada dlm ni ja
student : try la cikgu kira
ambooi2 kiralah sndiri

Tuesday, May 10, 2011

terbayang satu wajah penuh cinta penuh kasih
terbayang satu wajah penuh dengan kehangatan
terbayang satu wajah tiada erti penat lelah
terbayang satu wajah penuh dgn harapan
mak dan abah...tiada ganti walau seribu pengganti

sekolah lagi

Hari ni hari ketiga melangkahkan kaki ke sekolah sebagai seorang guru
Debaranya masih terasa
mungkin kerana masih baru ditempat baru dan bersama kwn2 baru
Bangun ke sekolah seawal yang boleh
mengalahkan student asrama
bukan apa, dalam rumah ni ada 5 org cikgu dan 1 bilik air
jadi nak x nak kena la bangun awal
kalau x , x mandi plak cikgu ke sekolah
Hari ni, sampai2 sekolah dapat relief kelas bg pkul 10.40
bedebar plak rasa even jaga exam ja
terus rasa nak muntah dan x lalu nak makan hahaa , parah macam ni
hari ni berlalu dengan baik
semoga hari2 selepas ini terus baik
Dipermudahkan urusan ..Insyaallah

Monday, May 9, 2011

Bedebar

Hatiku berdegup kencang tatkala kaki melangkah masuk ke kelas
Hatiku tak keruan , bingung dan tertanya tanya , apakah perkataan pertama yang perlu ku keluarkan
Sebundle kertas soalan exam kupegang erat
" Assalammualaikum " kuucapkan , lantas terus ke meja guru
Dengan Sopan seorang pelajar bangun
Dan mengucapkan
" Assalammualaikum Cikgu ..Selamat Sejahtera Cikgu...
Satu Per Satu ...
Biar pun hanya menjaga exam, tapi debaran ibarat diriku yang akan mngambil exam
Pelajar bising ku biarkan
Tanganku bergetar
Entah mengapa jadi begitu
Lantas aku memandang ke papan putih
Tertera

Bahasa Melayu II
10.30-1 PM

Tapi jam telah menunjukkan jam 10.40
Lantas dengan cepat aku mengedarkan kertas exam dari meja ke meja
Guru Penolong kanan datang ke kelas terus memberi arahan kepada student
" Cepat2 mulakan kita dah lewat"
Lantas pelajar2 pon mula mnjawab exam
First Kelas, walaupun jaga exam
Hatiku sgt bedebar
Melihatkan student2 yg besar dr ckgu hahaha

Wednesday, May 4, 2011

Abah
Kak rindu sangat2 dekat abah
Rindu sangat
Hanya Allah penghubung rindu kak

activity @ keratong 2

Dari pagi sampai petang keluar rumah smalam
Pagi2 lagi dah bangun
Siap2 temankan sepupu aku ke kuantan
2 jam tunggu dekat luar sementara dia nk abes exam
Boring x tahu nak cakap la
Lepas tu g giant kuantan
beli2 barang utk prktikal
lepas2 bli barang lidah ni terasa plak nak makan mee tomyam
singgah lah dkt claypot
panas2 lagi tomyam
awal2 punya lah pecah liur nak makan
last2 terlalu pedas dan panas tomyam yang masih berasap tu dtnggalkan mcm tu je
too hot
Lepas ke kuantan ke pekan
amik sedara sbb jumaat ni nak wat kenduri tahlil untuk abah
sampa umah sedara tu ..langkah kanan die ajak makan nasi
ada tomyam pulak tu hehe..kalau dah rezeki nak masuk mulut x kan kemana


Tuesday, May 3, 2011

ayam hutan

Kali pertama makan ayam hutan
X tau lah apa bezanya dengan ayam2 yang lain
Asal ayam ja, makan ja lah
sedap..gulai ayam hutan dengan betik
layanan istimewa betol datang umah mak long ni
setiap masa suh makan
makan itu
makan ini
pagi2 buta lagi dah tanya

" mira makan ayam hutan x "

terus jawab

"makan2"

mak long pon cakap, " ha kalau makan , satgi mak long masak ayam hutan na"

so, kita pon makan ja lah dah org masak hehe

Monday, May 2, 2011

;(

Abah ,
Murni cakap tadi murni bawa adik p kubur abah
Adik nak sangat p kubur abah ,
Sampai2 kat kubur abah
adik cakap

" abah, bangunla ..adik mai ni "

huhu

sedihnya Ya Allah

Abah,
Kak ada kat umah mak long pun setiap hari air mata kak menitis rindu kat abah
Kalau kak balik rumah, tengok rumah kita kosong lagi kak bertambah sedih
Tapi, kak tetap akan balik
Kak janji akan jaga mak dan adik2 selagi kak bernyawa
Abah, rindu sangat3 abah ...
Susah nak hidup tanpa abah
Tapi apakan daya takdir Allah
Abah x kan balik
Kak Redha ...