BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, April 30, 2011

Abah
Adik asyik cari abah
Adik selalu tanya
Mana Abah ?
Setiap hari adik tanya
Adik cakap dia nak p ambik ubat dengan abah
Kesian adik , kecik2 lagi dah jadi anak yatim
Adik masih perlukan kasih sayang abah
Tapi apakan daya
Allah lebih sayangkan abah
Sedih dengar muni cakap
Dia balik umah kita
Sunyi sangat
Dia rasa macam abah ada lagi
Abah,
Kak bukan x nak balik umah
Tapi kak belum sedia
Kak perlukan masa
Memanglah selamanya sampai bila2 pon
Kak x dpt lupakan abah
Tapi cuma boleh kurangkan rasa rindu itu
Semoga abah tenang di sana

Friday, April 29, 2011

activity @ keratong

Alhamdulillah, petang semalam sampai pahang
umah mak long aku
dah lama nak datang
dari kecik2 dulu lagi
sekarang baru sampai
Allah takdirkan aku datang umh mak long tanpa abah
beberapa minggu sebelum abah pergi
ada cakap dengan abah
ajak abah p pahang sama2
abah cakap Insyaallah
kalau sihat
bila tanya balik
abah cakap tengok dulu
abah macam tau2 yang abah akan pergi
Takdir Allah
aku datang pahang tanpa abah
sedih sangat
tapi apa kan daya qada qadar Allah
yang telah ditentukan

Sampai2 smalam mak long n kak ja
bawa p pasar malam kat segamat
beli2 makanan
bila tengok apa2 smua teringatkan abah
tengok ayam goreng ingatkan abah
tengok mee goreng ingat abah
tak tertanggung rasa rindu ini ya Allah

Pagi tadi Mak Long bawa p Muadzzam
beli2 barang
kemudian balik umah tido
bangun2
tengok tv
on9 ....

Wednesday, April 27, 2011

lumrah

Kalau time study
Buka buku
Mulut pun terbuka ( menguap)
Mata nak terpejam ..
Buka tutup buka tutup
Lumrah...

Kalau bukan masa untuk study
Pejam mata
Tidur x lena
asyik nak terbuka
Mengadap laptop, cekang mata
Lumrah...

Tuesday, April 26, 2011

dua rasa

Alhamdulillah, tamat sudah semester 6
Antara gembira dan sedih
Tak seperti biasa, dulu bila abes exam hepi sangat
Dapat balik umah
Jumpa mak
Jumpa abah
Jumpa adik2
Tapi kini
Antara gembira dan sedih
Dah x seperti dulu
Balik kg abah dah x da
sunyi
Yang pergi akan tetap pergi
Yang hidup perlu teruskan hidup
Demi mencari Redha Ilahi

Saturday, April 23, 2011

Terus Berdoa

Jika doa tidak dimakbulkan
jangan salahkan Allah
Ya Allah betapa kerdilnya aku
Betapa berdosa nya aku
Aku mempersoalkan kenapa doa ku tidak dimakbulkan
Ya Allah, tatkala emosiku bercelaru
tanpa sedar pelbagai kata terbit dibibirku
Ampunkan aku Ya Allah
Aku redha dengan segala ketentuan mu ini Ya Allah
Sejak abah sakit
Tanpa henti setiap hari aku berdoa
Setiap hari aku menadah tangan meminta
Agar Allah menyembuhkan
abah seperti sediakala
menjadikan abahku seperti dulu
menghindarkan keluargaku dari musibah
Namun, doa ku tidak dimakbulkan
Aku redha dengan ketentuan mu ini Ya Allah
Aku yakin
Pasti ada hikmah di masa akan datang
Yang aku x nampak
Hanya padamu tempat ku bergantung Ya Allah
Hanya padamu tempat ku meminta pertolongan
Ampunkan aku ya Allah

Teringat kembali kisah rama-rama dan bunga
Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan
rama-rama dan bunga
Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat
Lelaki ini sedih
Tidak faham
Mengapa pemberiannya berbeza dengan permintaannya
Kemudian dia berfikir
Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya
Selepas satu tempoh lelaki ini
memikirkan semula permohonan doanya
yang telah lama dilupakan
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat
Dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu
tumbuh pula bunga yang sangat cantik
Dan daripada ulat yang terselindung
Telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul
Cara Allah sentiasanya cara terbaik

Jika kita memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah
Percayalah
Pastinya Allah akan mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai

Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan
Aku akan terus berdoa tanpa ragu dan mengeluh

Duri Hari ini Adalah Bunga Hari Esok...Insyaallah



................

Hati Terkenang
Mulut Menyebut
Tatkala petang begini
Dikala hujan membasahi bumi
Hati terasa sayu sekali ..
Hujan yang turun
Bersama air mata
Bibir mengukir senyum
Gelak Tawa sana sini
Siapa yang tahu
Hati menangis
Ku harap
Segalanya mimpi
Namun Kenyataannya adalah realiti

Ini Pasangannya Itu

Aku pasangannya Kau

Kau pasangannya Aku

Saya pasangannya Awak

Awak pasangannya Saya

Terasa lebih dekat jika menggunakan aku

Terasa lebih sopan jika menggunakan saya

Saya atau aku dua sebutan yang berbeza

Tetapi punya maksud yang sama

Penggunaan aku di dalam penulisan bukanlah bererti kasar

Tetapi rasa lebih dekat

Tidak bererti tidak sopan

Dengan Allah juga kita menggunakan Aku

Allah dekat dengan kita

Friday, April 22, 2011

;)

Tiada apa lagi yang bisa membuatku tersenyum
Tiada apa lagi yang bisa membuatku ketawa
Hanya deraian air mata menemaniku
Teman-tema yang sentiasa disampingku
Tidak kira suka atau duka
Hanya Allah yang mampu membalasnya
Ujian Allah datang tanpa diduga
Hanya masa dan doa jadi pengubatnya
Diri ini redha
dengan segala ketentuan Allah
Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya ...

Panggilan Terakhir

Saya ingat lagi panggilan terakhir dengan abah, saya x sangka itulah kali terakhir saya dengar suara abah, kalau lah saya tahu, saya akan cakap puas2 dengan abah, akan sembang dengan abah lama-lama. Tapi apakan daya, semuanya dalam pengetahuan Allah. Masa nak pergi kelas hari tu mak telefon , mak cakap , abah x nak pergi berubat. Saya sedih sangat dengar, terus saya minta dekat mak nak cakap dengan abah ..

Saya : Abah, kenapa x mau berubat ?
Abah : Nanti abah pi la
Saya : Abah x sayang dkat kak ka?
Abah : Abah sayang semua anak2 abah

Masuk dalam kelas, menitis air mata, x da sapa yang nampak. Sebab memang masa tu dah ada rasa x sedap hati, dah rasa macam akan ada sesuatu yang berlaku, tapi sy diamkan saja x cerita kat sapa2. Tanpa sedar beberapa hari tu jygak asyik nyanyi lagu "bila izrail datang memanggil... Semuanya dalam pengetahuan Allah.. Ya Allah semoga sy tabah untuk menempuh ujian besar yang Allah bagi ni.. Terlalu berat Ya Allah..


Abah

Abah,

Hari ni genaplah seminggu abah pergi
Genaplah seminggu abah tinggalkan kak mak n adik2
Genaplah seminggu kak x dengar suara abah
Sebelum ni, setiap hari kak telefon abah
Kak tanya kabar abah
Tapi sekarang bila kak rindu abah
Kak dah x leh nak dengar suara abah
Kak hanya mampu berdoa
Semoga abah tenang di sana....

Wednesday, April 20, 2011

Abah

Rindu


Rindu

Rindu

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.

.
.
.
.

.
.

.
.
.

.
.
.
.

.
.
Rindu

Rindu

Rindu

Tuesday, April 19, 2011

Doa Anak Soleh

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur

Monday, April 18, 2011

tenang

Hari ni kak dah rasa tenang, kak dah dapat terima ketentuan Allah yang abah dah x da.. Abah, sampai bila2 pon jasa abah pada kak, sikap ambil berat abah dan segalanya tentang abah , x kan terpadam dari ingatan kak.. Walau abah dah x da depan mata kak, abah tetap dekat dengan kak, kak rasa abah x kemana-mana pun, abah tetap ada..Semoga abah tenang di sana..

Sunday, April 17, 2011

Abah, kak rindu abah

;(

Allah dah bagi petanda yang kak akan hilang abah, kak x cerita kat sapa2 pun, dekat mak pun tak.. Haritu kak mimpi abah meninggal, macam real mimpi tu, kak sedar dari tidur terus kak cakap Alhamdulillah itu semua mimpi. Tapi sekarang benda tu betul2 terjdi, bila kak jaga dari tdur kak harap sgt semua ni mimpi, abah masih ada, nak col nak sembang dengan abah, tetapi kenyataannya abah dah x da. Abah, kak dapat rasakan abah masih ada, abah ada lagi..Lagi satu beberapa minggu lepas juga kak mimpi gigi tercabut, kak pun teringat kak pernah baca kat intenet yang petanda gigi tercabut kita akan hilang salah sorang dari keluarga. Kak cuba lupakan mimpi tu, mungkin hanya mainan tdo, tetapi kenyataan betul2 terjadi kak hilang abah.. Kak x cakap kat sapa2 pun mimpi tu. Abah, kak masih rasakan yang abah masih ada ..

Ayahanda

Abah, kak redha abah dah x da, abah dah tinggalkan kak , mak n adik2.. Tapi abah, susah sgt untuk kak nak terima yang abah dah x da depan mata kak. Kalau kak x sabar x tau lah apa jadi dengan kak abah, kak x sanggup nak hilang abah. Dulu kak pernah terpikir macam mana akan jadi dekat kak kalau kak hilang abah. Tapi sekarang benda yang kak x mau dah betul2 jd. Kak x sangka secepat ini , abah pergi di saat kak n adik2 masih perlukan abah. Abah, jasa abah, sejak kak dilahirkan sampai detik terakhir abah , kak akan ingat sampai bila2.. Abah, kak janji kak akan jaga mak dengan adik2 selagi kak bernyawa. Abah Tunggu Kak....

Sunday, April 3, 2011

;)

Ya Allah, sembuhkanlah abahku, ringankan beban ibuku, permudahkanlah urusan kami sekeluarga ...