BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, March 30, 2011

Budi Bahasa Budaya Kaunter

Budi bahasa budaya kita ,
Org berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa

Semua orang tdak kiralah tua, muda, kecil, besar, tinggi , rendah semua pasti pernah dengar dengan perkataan budi bahasa. Budi bahasa memang kita wajib amalkan dalam kehidupan seharian kita. Tetapi memanglah sebagai manusia biasa pasti akan lari dr melakukan kesalahan. Kadang2 x ingat yang kita terkasar bahasa, tersasul kata, tersalah bicara...Bercakap soal budi bahasa budaya kaunter, mungkin jarang kita dengar. Tetapi seseorang yang bekerja berhadapan dengan ramai orang perlulah ada budi bahasa yang baik. Kadang2 kita pergi tanya dekat kaunter apa2 pun die buat endah x endah ja , pandang pun tidak, setidak-tidaknya senyum pun jadi lah. Itu sesetengah je lah. Mungkin die stress dengan kerja yang banyak atau berhadapan dengan soalan yang sama sepanjang hari. Kalau kite yg berada ditempat die pun x tahulah mcm na kan, x boleh juga nak salahkan orang. Tu lah kan, kalau kita tengok orang yang berbudi rendah kita perlu tengok balik diri kita macam mana, kalau kita tengok orang yang berbudi tinggi contohilah dia. Memang lah kecewa bila kita tanya dengan lemah lembut sehabis tetapi layanan tak seperti yang kita harapkan. Tetapi budi bahasa budaya kaunter perlulah diamalkan.

Friday, March 25, 2011

Tuhan Berikan Aku Cinta

Tuhan Berikan Aku Cinta

Aritu tengok cerita La Iqra Hafiddin ada lagu ni. Rasa sayu sangat bila dengar lagu ni . Lirik lagu ni sangat menyentuh hati ..

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

KAMI PART 1- pErTeMuaN PeRtAma

Pejam celik pejam celik dah hampir 4 tahun sy blajar di Upsi. Ini bermakna dah hampir 4 tahun jugak sy bersama dengan sahabt2 saya disini . Kemana saja kami bersama, macam2 ragam . Ke kelas bersama, makan bersama, jalan2 bersama, kadang2 tidur bersama. Tiba2 teringat pulak detik pertemuan pertama ...



Ha, yang kiri tu zatil. X jumpa pulak gambar dia dok sorang2. Tapi x pa la gambar dia dengan rumate dia pun ok jugk kan . Cute mute. Zatil ni dulu adalah jiran sy depan rumah merangkap housmet kawan sy dr matrik (berbelit pulak). So dr ctu lah leh kenal dgn cik zatil yang cute ni. Jadi bermula dari situ lah kami bersama (cewah). Masa masuk sem 1 kami berdua ja yang belum di daftar dengan kokurikulum . Kat UPSI ni memang wajib amik. Jadi kami pun berusahalah mendaftarkan kokurikulum dalam kursus kami. P amik borang , p cop2.. pandai pulak kami uruskan masa tu hehe. Lepas tu kami daftarlah kursus yang amat kami minati dan yang telah lama kami cita-citakan iaitu Pandu Puteri..... banyak lagi cerita menarik sepanjang mengambil kursus itu dan lain2, jadi yg ni nak cerita detik pertemuan pertama ..so nt plak sambung yang lain2 ...bersambung

Yang ni pulak sahida aka ida, dari kelate. Kalau ttgk muka nampak mcm orang Rawang kan ? Tapi from Kelantan OK. Kenal dengan sahida ni sebab kami berdua satu kelas bahasa inggeris masa sem 1. Mula2 kenal dia, dalam hati cakap banyak nya budak ni dah la cakap cepat pulak. Dulu memang susah ckit nakp paham loghat negeri lain. Tapi bila dah lama-lama ni dah Pro dah . Dengan ida la sy belajar makan budu, belajar makan nasi kerabu haha..serius masa dok Matrik dulu saya x pernah makan pon nasi kerabu walaupun tengok orang makan , ckit pon x teringin. Tapi sekarang minat juga makan nasi kerabu ...

Yang ni Madihah. Dah lama kenal dengan dia ni dari Matrik dulu. Kebetulan kami dapat satu U. Tapi di Matrik dulu pun memang kami dah rapat. Mula2 sampai Matrik , sy memang x da kawan, ada pun sorang ja tu pun lain kursus. Jadi bila masuk kelas tu sorang2 la, lepas tu nampak sorang budak ni tengah bersandar di kaki lima sambil pejam mata, dalam hati pun cakap " ish budak ni, kat mana2 pun bleh nak tiduq". Dah x da kawan masa tu , dengan tanpa segan silu sy pun berkenalan dengan budak tu, tetapi terus terang setiap percakapannya sy x paham tapi untuk menjaga hati sy pura2 paham...itulah dia Madihah...


Itulah kisah kami mula2 berjumpa, ALLAH telah takdirkan kami bertemu, berkawan dan bersahabat sehingga sekarang. Semoga Persahanatan Yang Terjalin ini bukan setakat sampai disini tapi hingga ke hujung nyawa ....



Thursday, March 24, 2011

Lagi-Lagi Assignment


Assignment Lagi

Lagi- lagi Assignment

Tak abes2 assignment

Selagi bergelar pelajar , tak akan pernah lari dengan assignment

Kalau nak lari jugak dari wat assignment balik kampung kerja kilang lah or p bendang atau kawen (hehe)

By doing so, x yah pikir sal assignment .....

Stressnya

Di saat-saat akhir semester 6 ni assgmnt masih bertimbun

Di saat-saat akhir bergelar pelajar pun assgment masih menggunung

Hendak x hendak kena buat jugaklah






Wednesday, March 23, 2011

Biar Busuk Di Mulut ...Jangan Busuk Di Hati...


Biar Busuk Di Mulut Jangan Busuk Di Hati (hehehe)

Pepatah baru tercipta dek kerana petai

Segalanya mengenai petai

Tidaklah pelik sekiranya seseorang sangat menggemari petai

Mungkin apabila sebut sahaja perkataan petai ada yang ketawa dan ada pula yang senyum sinis

Mengapa ?

Walaupun rasanya pahit tetapi khasiatnya yang sangat banyak

Jadi, cuba dahulu sebelum berkata apa-apa , klik sini Khasiat Petai

Antara masakan petai yang menjadi kegemaran




Ulam petai ...sedap..


Petai Jeruk ..memang baunya 'Masyaallah' tapi rasanya hingga menjilat jari hahaah

Sambal Petai

Jadi, bagi sapa yang tak suka petai

Cuba dulu baru tahu












Thursday, March 17, 2011

Jalan dan Arah !!!

Ada jugak kan orang yang amat susah untuk mengingat jalan. Walaupun die dah berkali kali lalu jalan yang sama . Hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil terjadi dan ianya memang benar2 pernah terjadi. Ada juga orang yang pelik , kenapa si dia ni susah sangat nak ingat jalan. Kalau kita berada di tempat dia mungkin kita tahu betapa siksanya susah untuk ingat jalan. Mungkin kerana si dia ini tidak fokus semasa berjalan dan mengharapkan orang lain ketika berjalan. Mungkin jugak. Tetapi si dia ini dah berkali kali cuba untuk fokus dan cuba menghafal jalan tetapi amat sukar baginya. Kadang-kadang sehinggakan si dia ni terfikir adakah penyakit yang susah untuk ingat jalan ?? sehingga dia juga pernah mencarinya di internet tentang penyakit susah untuk ingat jalan. Dia juga pernah terfikirkan mengenai Diskleksia. Tetapi diskleksia bukanlah sukar untuk mengingat jalan tetapi kesukaran mengenal huruf, mendengar dan bercakap. Diskleksia juga sebenarnya bukanlah sejenis penyakit dan tidak perlukan ubat untuk mengubatinya , inilah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri manusia .

Bercakap soal susah untuk mengingat jalan , si dia ni sangat runsing dan susah hati sekiranya orang bertanyakan arah dan jalan kepada dia walaupun tempat yang biasa ditujunya. Jangan kita ketawakan orang seperti ini, kalau anda berada ditempatnya anda akan tahu perasaannya.
Kalau lah sesorang tinggalkan dia di suatu tempat , siksalah dirinya untuk mencari jalan pulang hahah.. Ada satu peristiwa ketika dia melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi, masa tu minggu orientasi , ketika itu si dia ni tidak ada lagi teman rapat yang boleh dia ikut kemana mana sahaja, tambah-tambah lagi sebuah matrikulasi yang dia menuntut pada ketika itu sangat luas baginya. Umpama rusa masuk kampung, dia seperti orang asing berada di suatu tempat yang sangat asing. Pada ketika itu , si dia ni berjalan seorang diri, tidak ada pun pelajar ketika itu, ialah sebab semua pelajar dah masuk ke dalam dewan kuliah untuk taklimat. Seperti hendak menangis dia mencari dewan kuliah. Dia pun terjumpa seorang wanita mungkin pensyarah mungkin pegawai dia pun x tahu , lantas bertanya

" Puan, mana kompleks Dewan Kuliah"
" Ni"

Rupanya tempat yang dia berdiri tu lah kompleks dewan kuliah. Sebesar besar alam tulisan tulis kat bangunan tu "KOMPLEKS DEWAN KULIAH". Tambahan lagi bukanlah pertama kali dia ketempat tu, dah banyak kali. Dengan menahan malu, si dia pun berjalan selamba masuk ke dewan kuliah tu. Masuk2 ke dewan kuliah dia tertinggal pulak satu dokumen penting yang perlu ada bersama ketika taklimat itu. Penuh dengan debaran, kerana dia x ingat jalan ke bilik sendiri. Dia pun berlari keluar dari dewan kuliah. Dengan memakai baju kurung, dia berlari kencang. Ada pula abang2 fasi ketika itu nampak dia berlari , seingat ingatnya abang fasi yang hensem itu berkata "lari dik lari". Betapa malunya dia ketika itu, hanya Allah yang tahu. Dia hanya berlari sedangkan dia tak ingat pun di mana biliknya. Dia berlari dan terus berlari , dan dia terjumpa lagi seorang abang hensem dan abang tu bertanya "nak kemana dik?". Dalam keadaan menahan malu , dia cakap nak balik bilik, dan dia bertanya abang hensem itu " blog C kat mana bang?". Ha?? sedangkan bilik sendiri , yang telah bermalam malam dia tidur di bilik tersebut dan bukanlah kali pertama untuk balik kebilik dia sendiri. Abang itu menunjukkan arah. Dalam keadaan kurang faham dan dia bukanlah senang senang nak ingat arah, dia terus berlari lagi. Dan sampai lah disebuah bangunan, dan terjumpa dengan kakak fasi. Kakak itu bertanya, " nak kemana dik" dia menjawab " nak balik bilik , tertinggal barang, blog C kat mana kak"?, sedangkan bangunan yang dia berdiri tu lah blog C. Dalam keadaan malu, setelah ditunjukkan arah oleh kakak tersebut, dia pun berlari kebilik. Alhamdulillah setelah pelbagai cabaran nak masuk kebilik sendri, akhirnya dia berjaya mengambil barang yang tertinggal itu. Ini bukanlah satu satunya peristiwa mengenai dirinya yang sukar untuk mengingat arah dan jalan , banyak lagi peristiwa yang dilaluinya, yang jika ingin diceritakan disini x tahulah bila akan berkesudahan. Oleh itu, janganlah pandang remeh kepada seseorang yang susah untuk ingat jalan dan arah, ini bukanlah perkara yang dibuat -buat tetapi perlu dorongan oleh semua pihak. Semoga SI DIA lebih fokus ketika berjalan.Tidak akan selamnya orang akan menemani kemana sahaja ingin kita pergi ;)

Wednesday, March 16, 2011

Eksplores


Dengan sukarela hari ini, sy menyertai ekspedisi dari upsi ke UM. Ekspedisi ini bertujuan untuk mencari sebuah bagasi yang dipercayai mengandungi pelbagai makanan tradisi ore kelate termasuklah Budu .Pengarah program ekspedisi ini ialah seorang mahasiswi upsi dari negeri cik siti wan kembang iaitu nursahida bt mat husin. Pengembaraan bermula selepas kelas Animal Fisiologi iaitu selepas pukul 10. Walaupun bas sks yang menanti depan bahtera arked adalah pukul 11.30 namun, pengarah program dan sy sendiri telah bersiap2 sejak awal pagi lagi dengan terpaksa menusuk dari pak cik guard kerana memakai seluar jeans ke kelas. Alhamdulillah tusukan itu berjaya.

Tepat pukul 11.30 bas sks yang terdiri dari 5 org peserta termasuk sy begerak. Sepanjang perjalanan kami hanya diulit mimpi indah, tidak sempat untuk melihat pemandangan diluar sana kerana mata hanya mampu terpejam. Dalam pukul 12 lebih kami tiba di stesen hang tuah. Dan sebelum pengembaraan mencari bagasi tersebut kami seinggah sebentar di TS(Time Square) untuk solat, makan dan menjamu mata. Seperti rusa masuk kampung kami tidak berpeluang untuk shopping terlalu lama kerana destinasi tujuan yang ingin dituju tidak ketahuan. Selepas kenyang makan di JoHnny, kami berangkat ke UM.



Juadah tengahari yang amat menyelerakan dan berjaya memberi tenaga kepada semua peserta


Peserta makan hingga licin pinggan , dan kemudian disudahi dengan desert yang amat sedap

Aiskrim coklat menjadi pilihan

Terlalu banyak cabaran bagi pengembaraan mencari bagasi berisi budu ini. Namun kami tekadkan jua hati kerana pengarah program. 3 Monorel berlalu di hadapan kami hanya dipandang dengan pandangan kecewa kerana terlalu crowded. Monorel yang seterusnya berjaya kami naik tapi malangnya seorang dari peserta terlepas kerana tidak berjaya berasak asak masuk kedalam monorel tersebut. Seorang peserta lain sanggup berkorban dan keluar bersama-sama dengan perserta yang tertinggal tadi, dan mereka naik monorel yang lain. Disitu dapat kita lihat pengorbanan seorang sahabat. Pengarah program tidak bimbang dengan pesertanya tetapi ketawa terbahakbahak walaupun keadaan sangat sesak sehingga menyebabkan peserta yang lain ingin marah kerana tidak dapat ketawa memandangkan dihimpit oleh ribuan manusia di dalam monorel tersebut. Setelah penat di asak-asak, setibanya kami di stesen U, untuk meneruskan pengembaraan kami terpaksa menaiki teksi. Cabaran lagi disitu apabila teksi hanya membawa 4 penumpang tetapi peserta terdiri daripada 5 penumpang sedangkan semua peserta tidak mahu berpisah. Hendak tidak hendak peserta terpaksa berpecah, dan menaiki dua buah teksi yang berbeza. Setibanya di sebuah kolej di UM, akhirnya dua bagasi berjaya ditemui. Dan budu yang terdapat dalam sebuah bagasi didapati pecah. Namun begitu kami gembira di atas pengembaraan yang mencabar ini..

p/s = Jagalah beg anda dengan sebaik mungkin selagi ia boleh dijaga


Monday, March 14, 2011

Addict

Blog, Facebook...
memang berjaya buat diriku ketagih
Kalau tak buka dalam sehari
Rasa tak lengkap hidup haha
Bukan setakat sehari
Seminit tak bukak pon
Dah rasa lain macam haha
Kalau kerja banyak setara mana pon
Facebook tetap akan buka
Memang kuatlah pengaruh facebook
Kaalau nak mulakan kerja apa2 pon
Yang first akan dibuka adalah Facebook
Sekarang ni ketagih blog pula
Erm, kawan2 yang tak pernah2 minat blog pun
dah nak wat blog
Memang kuat pengaruh multimedia
dalam hidup pelajar
Jadi bertepatanlah dengan
Kajian yang sedang kujalankan
Keberkesanan Multimedia (tiba2 ja )









Saturday, March 12, 2011

Suara Hati

Bila hati bersuara

Bila Hati Berbisik

Tiada siapa mampu menghalangnya

Mulut boleh ditutup

Tetapi hati ??

Teman suka duka

Betullah kata orang

Teman masa suka

Senang di cari

Beribu ribu diluar sana

Tapi teman

Tatkala kita menangis

Tatkala kita susah

Tatkala kita sedih

Tatkala kita memrlukan teman untuk berbicara

Tatkala kita tersungkur

Tatkala kita terjatuh

Tatkala kita memerlukan dirinya berkorban

Tatkala kita terasa dunia ini gelap

Amat sukar untuk ditemui

Satu dalam beribu

Satu pun belum tentu

Tatkala kita gembira

Teman sentiasa ada

Kadangkala Sukar untuk dibezakan

Yang mana Kaca

Dan Yang mana

Permata

Tetapi ,

Antara kaca dan permata

Kilauannya tidak sama

Semoga sentiasa dianugerahkan

Teman bak permata .....

Yang sentiasa berkilau

Menyinari hidup ini








Sunyi



Sunyi

Sepi

Terasa seperti kampung halamanku memanggil manggil

Adik-adik melambai lambai

Ombak pantai belakang rumah sperti menyebut namaku

Sunyi

Sepi

Membuatkan kurasa ingin terbang ke awan

Menjadi seperti burung

Terbang bebas kemana ingin pergi

Sunyi

Sepi

Kadangkala membuatkan ku ingin menangis

Namun air mata tidak dapat menghilangkan kesunyian ini

Sunyi

Sepi

Terasa kosong tatkala rakan seperjuangan tiada disisi

Sunyi

sepi

Seperti mahu menjerit Argggghh

Sunyi

Sepi

Namun ku tahu Allah sentiasa ada bersamaku

Dapat mengubat segala kesunyian

Sunyi

Sepi

Bisikku pada bulan

Kembalikan temanku

Kekasihku, Syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku

Sepi memelukku

Bulan,

Jangan biar siang

Biar alam ini kelam

Biar ia sepi sepertiku

p/s = Ramai yang balik kg membuatku diri ini sangat bosan





Friday, March 11, 2011

Warna Warni Kehidupan

Hidup pernuh dengan warna, samada cantik atau tidak, itu terserah kepada kita untuk mencorakkannya.

Perkara Berfaedah

Apa lah perkara berfaedah ckit nak buat cuti2 hujung minggu ni

Kerja ada , tp x begerak pon

Ramai orang balik kg, jadi mood pon ada kat kg

Tiba2 plak tket abes nak balik kg , sabar ja lah lagi pon minggu lepas dah balik

Nak kuar jaln2 pon x tau nak gi mana

so kerja nya termenung je lah ... ;)

Wednesday, March 9, 2011

Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah. Abah tersayang dah bleh keluar wad esok. Senang rasa hati. Masa abah masuk wad aritu, hanya Allah yang tau perasaan ni, rasa gelap dunia, patah kaki , x tau mcm na . Harap Abah akan sihat smula mcm sedia kala. Kak sayang Abah :)

Tuesday, March 8, 2011

Dari Utara Ke Timur

InsyaAllah dalam bulan 5 ni akan berkhidmat sebagi guru praktikal di SMK Kedai Buloh Kota Bharu Kelantan. Jauh merantau kali ni, x pa la jauh perjalanan luas pengalaman. Kalau ikut kehendak hati memanglah nak berpraktikal di negeri sendiri. Tapi x da pilihan , segalanya diuruskan oleh lecturer, so ikut je lah. Bedebar juga nak jd cikgu ni. Harap dapat jlnkan tanggungjawab sbagai seorang guru dengan baik

Hari Wanita

Hari wanita sedunia rupanya hari ni, x tau pulak ...Selamat Hari Wanita untuk semua insan yang bergelar wanita...


Blog walking td tjumpa ni :

Lima keistimewaan wanita.


-Tahu tak wanita yang soleh itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

-Sifat penyayang wanita yang lebih kuat daripada lelaki membuktikan doa mereka lebih mudah dimakbulkan. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

-Benda yang semua orang Islam tahu, syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

-Apabila seseorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

-Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya sama seperti orang yang menangis kerana takut akan Allah. Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya


Lima kelemahan wanita.


-Aurat wanita amat susah dijaga dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya.

-Wanita tidak boleh menjadi ketua mahupun imam kepada lelaki kerana mereka tiada ciri-ciri kepimpinan di dalamnya.

-Wanita wajib taat kepada suaminya tidak kira seteruk mana pun suminya itu, tetapi lelaki tidak perlu taat kepada isteri. Sehinggakan mahu keluar rumah pun, si isteri perlu meminta izin dari suami terlebih dahulu.

-Waktu untuk wanita beribadah lebih sedikit daripada lelaki kerana kesihatan mereka.

-Wanita lebih ramai di neraka berbanding lelaki, mungkin disebabkan kuantiti mereka yang ramai.


Monday, March 7, 2011

Sakit Gigi

Tersiksanya bila sakit gigi, kalau x cabut akan terus sakit. Tapi bila cabut pn akan sakit jugak dan kesannya mungkin 2 3 hari. Kalau x cabut , telan ubat akan hilang rasa sakit, tapi rasa sakit tu akan datang jugak nanti. Bila kita dah x rasa sakit, kita x nak cabut. Tapi bila sakit beria-ria kita nak cabut. Macam tu lah kehidupan kita bila terhantuk baru nak terngadah....

Senyum

Belajar untuk menerima segala ketentuan Allah... so, senyum selalu biar hati tidak bisa tersenyum seperti manisnya senyuman dibibir


Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


Wednesday, March 2, 2011

Ya Allah....

Ya Allah, hatiku bdebar2 sejak smalam bukan krana Test, rupanya ada ujian dari mu Ya Allah.. Beratnya ujian yang kau berikan padaku Ya Allah......