BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, February 28, 2011

1 Hb 3 2011 ---Test Physical Chem

Hari ni test physic chem.. Ya Allah bedebarnya ..semoga dipermudahkan segalanya Amin...

Berudu


Belajar perkataan baru ari ni


Berudu = Pok Budu Yak

Hari ni lab , nak juling mata2 mengira "atemia" yang kecil teramat , nak kena kira sebanyak 20 ekor letak dlm satu bikar, bikar pula ada 8 cuba byg lah haha..sampai mata pon dah x nampak orang dah lpas kira bnatang tu, tgk muka org ja nmpak atemia hehe.. awl2 ingtkan anak berudu rupanya bukan



Saturday, February 26, 2011

Berita Sensasi

" Nor Madihah dilaporkan wanita paling bahagia apabila dilamar seorang pelajar dari utp. Kejadian berlaku di Tanjung Malim iaitu di hadapan Institusi Pengajian Tinggi Yang bersejarah Di Malaysia. Dua bentuk cincin telah disarungkan dijarinya lantaran lamaran disuarakan. Namun begitu perasaan pasangan bahagia itu masih berbelah bahagi sama ada ingin berkahwin awal atau menangguhkan perkahwinan mereka. Menurut Pendapat 3 sahabat wanita terbabit diperlukan bagi mengatasi kekacauan jiwa mereka. Sambil menangis ,Sahida mat husin berkata, jangan berkhwin dahulu sebelum dirinya berada dijinjang pelaamin. Pendapat Datuk sahida Mat Husin dipertikaikan 2 sahabat nya yang lain. Zatil Akhma tdak bersetuju dengan pendapat sahida Mat Husin, beliau mengatakan berkahwin awal baik untuk masa depan anak-anak kerana dapat melahirkan anak2 yg brilliant. Prof Dr Dato Amira pula berkata, tepuk dada Tanya selera. Melalui pendapat 3 sahabat wanita terbabit, masalah kebingungan masih tdak dapat diselesaikan. Jelas terpancar lelaki terbabit benar2 ingin meneruskan hasratnya melamar madihah bt Ali. Masalah menjadi semakin kritikal apabila lelaki terbabit melutut sambil merayu agar lamarannya diterima. Wanita terbabit yang masih dalam kebingungan terus berlari menaiki bas balik ke Khar. Tanpa memikirkan sebab dan akibat lelaki terbabit mengejar bas yang dipandu pemandu bas rambut rebonding itu. Setibanya di Khar wanita terbabit terus menuju ke bangunan tingkat tiga khar yang terkenal dengan bau tahi burung itu. Suspek lelaki terus menjerit agar lamarannya diterima. Pengarah drama terkenal nur nadia bt saad menyaksikan kejadian itu dan mengambil keputusan untuk mengabadikan kisah percintaan dua suspek berkenaan di dalam drama terbarunya iaitu TRILOGI CINTA yang mengisahkan antara cinta dan persahabatan. Kita ikuti temu bual eksklusif dengan 2 suspek terbabit dalam Wanita Hari Ini esok pukul 2 petang "

P/S = Hanya rekaan semata mata
Berita dibacakan oleh : nur sahida Mat Husin

Cita-cita sewaktu dulu..

Waktu kecik2 dulu, masa sekolah x terfikir pun nak jadi cikgu, pensyarah tu ada la jugak , memang suka berangan mcm2 nak jadi.. antaranya :



Memang tanam impian nak jadi pengacara Tv. hahaha..jauh betol angan2, ingat lagi dulu pernah cakap kat adik, suatu hari nanti dia dapat tengok saya mengacarakan MHI . hahaha.

Ni lagi satu. Memang betol2 minat nak jadi pembaca berita haahah..Kan best kalau impian jadi kenyataan..ahah

Ha, nak jadi macam ni pon ada jugak. DJ radio ahah...memang dulu selalu berangan dan try gaya orang jd DJ radio..

Tapi..kerjaya GURU yang bakal menjadi kerjaya sy beberapa bulan dari sekarang. Inilah yang telah ditentukan ALLAH dan terbaik buat sy. Semoga sy dapat mnjadi guru yang baik. Tapi kalau ada Part Time DJ radio ke pengacara ke pembaca berita ke boleh juga nak try hahahaa.. Kerjaya guru lah bermulanya semua kerjaya.. " Teaching is a profession that teach all other professions"

Friday, February 25, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

My Activities Today !!!


Makan

Tido

Tengok Tv

Makan Lagi

Tido Lagi


Dalam mimpi bleh la mcm tu, skarang ni busy mngalahkan Perdana Menteri..

So aktiviti Hari ini :

Temu Janji Dengan Lecturer

Baiki Koswer

Tdo malam termimpi mimpi selagi x siap koswer tu ...wawawawawawa

Cikgu garang kah ?

Ramai yg cakap sy ni ckgu yg garang @ bekeng ..hahaha ...bekeng kah sy , x da lah , bekeng dan tegas dua perkara yg berbeza... Mungkin dr segi suara yg nmpk tegas juga disalahertikan sbagai garang. Tapi betol jugak kalau anak murid tanya yg pelik2 rasa nak marah juga kan..Pertama kali mengajar depan anak2 murid yg pintar aritu, jd seronok pulak nk jadi ckgu, bes rasanya bila kat depan , mcm kita yg berkuasa haha..Nak usahakan lpas ni nk jd ckgu yg ada kelembutan dalam ketegasan ahahha...

Wednesday, February 23, 2011

Sayang Ayahnda

Tiba2 teringat pulak psl pagi semalam , pagi2 lagi waktu subuh saya dapat panggilan dari abah saya yang tersayang. Abah telefon pagi2 terus tanya saya " Kenapa kak demam ke ??. Saya x demam pon. Abah cuma nk pastikan saya sihat ke tidak sebab saya x jawab abah call masa malam tu sbb x dengar bunyi fon. Abah cukup ambil berat psl ank2 dia, cukup222 prihatin. Sampai sekarang, abah x bagi pon saya naik motor. Kalau nak naik pon curi2 masa abah x da hehe. Ingat lagi masa pertama kali saya balik naik bas dari tanjung Malim nak balik rumah , abah x henti2 call saya sampailah saya sampai depan mata abah. Ya Allah.. sayangnya abah pada saya. Kalau balik naik keretapi, saya x pernah tunggu abah kat stesen sebab sampai2 abah dah ada. Abah sanggup tunggu anak dia ni berjam jam. Ya Allah..sayangnya abah pada saya. Kalau saya kemana-mana pun, abah cukup risau dan abah akan sentiasa call. Tapi anak abah ni dah besar , anak abah pandai jaga diri. Ya Allah..sayangnya abah pada saya. Dengan siapa saya berkawan pun abah akan tahu . Ya Allah sayangnya abah pada saya. Ingat lagi waktu kecil dulu, abah tuliskan sifir pada kertas kecil suruh saya hafal, dan saya pandai sifir pon dengan kertas yang abah tulis.Ya Allah sayangnya abah pada saya. Selain mak , abah lah orang paling gembira bila saya dapat keputusan yang baik dalm peperiksaan. Abahlah orang yang akan gembira bila saya gembira. Abah bekerja keras, hempas pulas nak menyara kami sekeluarga. Ya Allah sayangnya abah pada saya. Kasih sayang abah dan mak tiada siapa yang boleh ganti. Tak akan ada orang yang akan sayang saya macam mana mak abah sayang saya ;)) Sayang abah dan mak

Tuesday, February 22, 2011

Refleksi

Perkara yang boleh saya baiki????

Kefahaman Baru???

Cadangan ????

Tindakan ????

Pelbagai persoalan

Jawapannya ???? masih dalam proses berfikir

Monday, February 21, 2011

rIndu LaGi

Ya Allah rindunya kat adik2 ku, x tertanggung rasa rindu ini ...tiba2 rindu kat adik yg bongsu skali, selalu tanya dia mcm ni


Sy : Adik, adik sayang ya x ??

Adik : ayang

Sy : Sayang Bnyak ke sayang ckit

Adik : ayang , ayanng anyak

Sy : Banyak mana?

Adik : (dengan gaya tangan) anyak empi tu ( banyak sampai tepi tu )

Adik, ya sayang adik smpai bila2

...syg sgt222222222,

ya rindu sgt kat adik

ya nk cium adik,

ya nk peluk adik

ya x sbr sgt nk balik jumpa adik

moga diri ini dberi ksabaran dlm mnempuh hdup di perantauan

walau jauh di mata

dihati x pernah terpadam walau sesaat...



Malas


Kenapa kita rasa malas ?

Mengapa rasa malas ?

Dari mana datangnya malas ?

Bagaimana kita boleh malas ?

Bagaimana nak atasi rasa malas ?

Bila kita rasa malas ?

malas..malas..malas...

perkataan yg sebati dg diri kita sebagai seorang pelajar

bergantung kepada diri kita sebenarnya

hendak seribu daya , x hendak seribu dalih

Ya Allah , hindarkanlah aku dr selalu ada sifat malas ....





Sunday, February 20, 2011

Tanggungjawab Seorang Bakal Guru..

Dah berhari2 x update blog sbb dlm bberapa hari ni sangat sibuk dengan pembentangan proposal, RPH, macroteaching..Alhamdulillah macroteaching dah lepas, pembentangan proposal pon dah lepas. Walaupun banyak kekurangan tapi x pa lah , sy dah berusaha sebaik mungkin..Insyaallah semoga usaha sy dibalas dengn keputusan yg setimpal...Sedar tak sedar banyak benda yang berlaku dlm minggulpas, mcm sy cakap td present proposal dan RPH..hujung minggu pulak ( semalam) gi jalan2 pusing2 kampus, mkn2 dgnkwn2..Sebelah mlm pulak pgi tgk rapat umum. Seumur hidup sy dan sepanjang berada di UPSI, x pnah skali pon sy tgk rapat umum. Tapi semalam sy dpt berada dlm ribuan lautan manusia dan tgk rapat umum. Mula2 mmg agak takut, tp bila tgk calon2 berpidato sy sgt smangat utk tgk smpai abes sbb sy mmg suka tgk pidato, debat n smua2 yg seangkatan dgnnya.Hari ni Pilihanraya Kampus ni lah kali pertama sy nk undi calon yg sy pnah tgk calonnya dan dpt dgr sndiri manifesto mereka, sblom ni tgk gambar je, yg nampak alim mcm ustaz n ustazah tu sy undi la hehe..




Kat Bangunan e-Learning




Bergambar Dekat Arca