BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, October 14, 2009

SMARTBOARD

Tidakkah anda tertanya-tanya apakah gambar di atas? adakah papan putih yang biasa kita lihat di sekolah-sekolah, IPTA , IPTS yang biasa digunakan oleh guru-guru mahupun pensyarah? adakah ianya papan kenyataan yang biasa kita gunakan untuk menampal notis ataupun iklan? Apabila dilihat dari segi luarannya, ianya nampak seakan-akan papan putih ataupun papan kenyataan. Pada hakikatnya gambar di atas bukanlah papan putih biasa tetapi itulah papan tulis interaktif smartboard.

Pada pelajaran kali ini kami diperkenalkan dengan papan putih yang luar biasa ini iaitu smartboard. Saya sendiri pun teruja apabila melihat kecanggihan smartboard apabila ditunjukkan oleh Puan Asmayati iaitu pensyarah TKU3023. Papan tulis interaktif smartboard ini sepenuhnya adalah touchscreen. Dengan hanya menggunakan sentuhan pen-pen yang disediakan pelbagai benda boleh dilukis seperti kita menggunakan tetikus semasa melukis di komputer. Smartboard ini hanya menggunakan sentuhan untuk melukis sesuatu atau menulis sesuatu. Apa yang menariknya jika pen-pen yang disediakan hilang, sebenarnya kita masih lagi boleh menulis atau melukis hal ini kerana pen-pen tersebut sebenarnya tidak mengeluarkan apa-apa dakwat pun, jika ianya hilang kita hanya perlu meletakkan sesuatu ditempat pen tersebut dan mengangkat benda yang kita letak itu apabila kita ingin menulis atau melukis. Jari juga digunakan bagi menggantikan tetikus, menarik bukan? itulah kecanggihan teknologi masa kini. Mungkin sukar difahami jika diterangkan disini cara penggunaan smart board kerana tidak dapat melihat di depan mata, namun ingin saya katakan di sini penggunaan smartboard sangat mudah dan seronok. Para pelajar TKU3023 juga tidak melepaskan peluang mencuba papan tulis interaktif smartboard ini, umpama budak baru belajar kami begitu teruja mencuba smartboard ini.

Penggunaan papan tulis interaktif smartboard ini adalah salah satu cara yang boleh digunakan di kelas-kelas bagi menerapkan penggunaan teknologi dalam pelajaran. Saya pasti, jika papan tulis interaktif smartboard ini digunakan semasa mengajar kelak tentulah proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sangat menarik dan seronok. Mungkin suatu hari nanti semua sekolah di Malaysia menggunakan papan tulis interaktif smartboard..INSYAALLAH..

Papan tulis interaktif smartboard ini dapat meningkatkan kualiti dan efektif pengajaran yang berlangsung di dalam kelas. Hal ini kerana sebelum smartboard ini difungsikan semua mata siswa siswi, ataupun pelajar akan tertumpu kepada smartboard ketika di dalam kelas. Apabila smartboard digunakan di dalam kelas semua pelajar dapat menikmati interaksi dengan papan tulis tersebut melalui pelbagai cara yang tidak mungkin dilakukan dengan papan tulis biasa. Gambar, latihan interaktif dan teks dapat dihasilkan dan dimanipulasikan oleh sesiapa pun. Smartboard dapat memberikan pengalaman yang menarik kepada semua pelajar,dan mengakses internet di papan tulis merupakan sesuatu yang amat menarik dan bernilai kepada para pelajar dan juga guru..Jadi, penggunaan papan tulis interaktif smartboard ini memberikan pelbagai manfaat kepada guru, pensyarah, pelajar sekolah dan juga mahasiswa dan mahasiswi...

0 comments: