BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Kak Sayang Abah

Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, October 15, 2009

Simulasi

Mungkin kita sinonim dengan perkataan simulasi atau simulation dalam bahasa inggerisnya. Namun, adakah kita mengerti dan mengetahui apakah pentingnya simulasi di dalam pelajaran?. Di dalam kelas Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kimia kami telah diterangkan mengenai kepentingan simulasi dan manfaatnya kepada para pelajar.

Pembelajaran rangkaian komunikasi tanpa melalui pengalaman memasang atau menguji
rangkaian sebenar menyukarkan pelajar untuk menguasai mata pelajaran Telekomunikasi
dan Rangkaian. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana
pembelajaran melalui pengalaman adalah menerusi simulasi.Simulasi popular digunakan dalam bidang pendidikan terutamanya pendidikan perubatan, kejuruteraan, perniagaan, ketenteraan dan pendidikan yang berkaitan dengan sains. Dengan adanya teknologi telekomunikasi yang kian berkembang, simulasi telah diberi nafas baru dengan menggabungkannya dengan teknologi telekomunikasi yang dikenali sebagai simulasi menerusi web atau World Wide Web-based Simulation (WWWS).

Menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran mempunyai beberapa
kepentingan, kepentingan utama adalah memastikan pelajar aktif dalam eksplorasi dan
belajar sesuatu yang mana pendekatan yang digunakan berkaitan dengan teori pembelajaran
moden. Pembelajaran simulasi berkomputer lebih kepada pembelajaran menerusi
pengalaman yang memerlukan sokongan dari pengajar atau sistem bagi memastikan
simulasi yang digunakan adalah efektif.

Simulasi berkomputer mempunyai nilai yang sangat besar dan memberikan pelbagai faedah kepada para pelajar. Simulasi berkomputer membolehkan pelajar meningkatkan serta melakukan banyak aktiviti yang mana jika dilakukan pada dunia nyata akan meningkatkan kos sertamungkin membahayakan pelajar. Simulasi berkomputer juga dapat menghasilkan tindakbalas yang betul serta teratur yang mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan mengupah seorang guru bagi setiap pelajar. Ianya juga telah terbukti sebagai satu cara pembelajaran yang efektif, yang mana membolehkan pelajar lebih inovatif dan kreatif.

Apabila simulasi berkomputer digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, para pelajar akan lebih berminat untuk belajar dan berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai topik yang diajar oleh guru. Kami juga turut diberikan tugasan mengenai simulasi iaitu simulasi yang digunakan di dalam eksperimen. Saya dan kawan saya memilih tajuk kesan luas permukaan terhadap kadar tindak balas. Untuk melihat hasil kerja kami, sila klik disini.

Untuk mendapatkan banyak lagi simulasi berkomputer terutama sekali dalam mata pelajaran berkaitan dengan sains sila klik disini

0 comments: